Home Buletin Semasa TRELER TERJUNAM DALAM GAUNG DI JALAN GUA MUSANG-LOJING

TRELER TERJUNAM DALAM GAUNG DI JALAN GUA MUSANG-LOJING

37
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang pemandu treler berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 90 Jalan Gua Musang-Lojing, pagi semalam selepas dipercayai mengalami masalah brek.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi selepas dihubungi anggota Pondok Polis Lojing.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 7.30 pagi ketika pemandu treler berusia 30 tahun dari Pelabuhan Klang itu dalam perjalanan menghala ke Lojing.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu mendapati treler yang dipandunya mengalami masalah brek lalu memberhentikan kenderaan di bahu kiri jalan untuk melakukan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan sedang dilakukan, treler tersebut secara tiba-tiba bergerak menggelongsor ke hadapan sebelum terjatuh ke dalam gaung di sebelah bahu kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu treler terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Mazli di talian 019-6156579. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here