Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Peniaga kedai makan di kampung kubang kacang terpaksa menutup perniagaan mereka berikutan ketidakselesaan pengunjung dengan persekitaran jalan raya yang berdebu.
Lori keluar masuk membawa muatan tanah di kawasan itu telah menyebabkan pencemaran udara yang teruk.
Team imedikel tv sempat membuat tinjauan dan menemu bual beberapa penduduk di situ.
Penduduk di kampung ini seakan lali akan masalah yang tidak berkesudahan dihadapi mereka sejak lebih setahun lalu.

Seorang peniaga, norizan mamat, 50, dari kampung kubang kacang menyatakan bahawa perniagaannya tidak dapat diteruskan akibat keadaan kedainya yang berdebu dan habuk.
“Sempat jual 3 bulan rasanya, sebelum tu tak berhabuk lagi, lepas dari yang kuat ni, anak sempat jual 3 bulan sahaja, lepas tu terpaksa tutup kedai,”
Norizan berkata perniagaannya terpaksa ditutup kerana orang ramai mula tidak selesa untuk makan di kedainya kerana dicemari debu.
Katanya, sebelum ini pihak penduduk menyangkakan aktiviti mengambil tanah hanya seketika, namun ia berlanjutan sehingga ke hari ini.
Tambahnya, kejadian itu turut menjejaskan kesihatan penduduk terutama golongan warga emas kerana hidup dengan udara tidak sihat.
“kak pun batuk sebab habuk ni,”

Petani, azmi yusof, 60, dari kg tiong berkata, debu itu akan berterusan selagi mana projek yang sedang di laksanakan oleh kerajaan tidak selesai.
“Sepatutnya dia kena cuci terus di dalam maknanya bila keluar tayar lorinya itu bersih,”
Azmi berkata tayar lori yang dipenuhi tanah telah menyebabkan debu yang tebal di atas permukaan jalan sebaik sahaja lori melalui jalan utama di kawasan penempatannya.
Katanya setiap hari berpuluh lori masuk membawa tanah untuk ditambung.

Seorang lagi peniaga faridah hassan, 64, dari kampung tiong berkata, dia sangat kecewa kerana terpaksa membasuh kedai dan rumah setiap hari bagi membersih debu di kedai makannya.
“Kurang la, tak ada sangat,”
Faridah berkata pelanggannya kini berkurang dan pendapatannya turut terjejas.
Katanya, pinggan, mangkuk, gelas dan meja perlu di lap setiap masa kesan daripada debu itu.
Tambahnya, terdapat juga lori yang membersihkan jalan dengan menyimbah air.
Bagaimanapun inisiatif itu tidak berkesan kerana setelah kering ianya kembali berdebu bahkan menjadi lebih teruk terutama di musim panas sekarang.
Tinjauan imedikel tv mendapati difahamkan aduan telah dibuat oleh penduduk kampung kubang kacang namun masih tiada tindakan susulan daripada pihak berwajib.
Imedikel TV






