BACHOK: Yayasan Bank Rakyat tampil memberi sumbangan bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, yang kini bergelar yatim piatu bagi keperluan harian dan persiapan melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
Team imedikel tv berkesempatan menemu bual pengurus besar Yayasan Bank Rakyat di kediaman Syahril di kampung Kandis, Bachok, semalam.
Yayasan Bank Rakyat memberi sumbangan kewangan secara tunai kepada pelajar berkenaan bagi membantu mengurangkan bebanan serta duka yang kini ditanggungnya.
Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani, berkata pihaknya sentiasa meninjau keperluan syahril dalam prosesnya untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
“Kita adalah bagi sedikit sumbangan pada beliau sebanyak RM5000 kita percaya bahawa beliau memerlukan duit itu sekarang untuk belanja seharian dan juga untuk sebagai persiapan dan keperluan untuk melanjutkan pelajaran nanti.

“Bukan sahaja kerana pencapaian beliau cemerlang tetapi lebih daripada tu kerana kisah beliau yang menyentuh hati kita lah menghabiskan masa menjaga ibu bapa ni kisah kisah positif yang baik untuk masyarakat untuk kita warwarkan dan kita lihat adik shahril ni sebagai satu role model lah untuk anak bangsa kita aa supaya anak anak kita ni dapat sentiasa mencurah bakti kepada ibubapa,” katanya.
Syaiful berkata pengorbanan anak yatim piatu itu dalam menjaga arwah ibunya yang sakit telah menyentuh hati ramai pihak termasuk YBR.
Pihak YBR juga sedia membantu dalam pembiayaan syahril untuk melanjutkan pengajian di mana-mana institusi di tanah air.
Katanya, YBR sudah menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tajaan biasiswa kepada 25 pelajar terbaik matrikulasi dan pelajar B40 seluruh malaysia.
“Kita setiap tahun kita memperuntukkan sebanyak RM15 juta ringgit ada masanya lebih untuk kita memberikan pendidikan kepada anak-anak B40 yang berkelayakan setiap tahun.
“Tajaan kita fungsi pembiayaan boleh ubah yang mana anak-anak yang dapat keputusan cemerlang 3.5 ke atas dia automatik akan jadi biasiswa,” katanya
Menurut Syaiful, YBR akan berusaha untuk memberikan biasiswa kepada Syahril bagi membantu memulakan pengajian dalam bidang yang diceburi.
Dalam pada itu, Syahril berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya dari awal hingga hari ini.
“Untuk kegunaan ahli keluarga saya sendiri lah dan kegunaan semua family saya yang banyak membantu saya daripada dulu sehingga kini”
“Alhamdulillah la memang saya tak jangka pun untuk dapat semua ni semuanya rezeki allah taala, saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada mereka yang telah menawarkan tawaran kepada pihak kami lah. Inshaallah saya akan memilih yang terbaik untuk semua pihak,”katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya.
Kisahnya tular di media sosial apabila tidak hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menjaga ibunya yang sakit ketika itu.






