Home Buletin Semasa LELAKI DITEMUI TIDAK SEDARKAN DIRI, CUBA BUNUH DIRI

LELAKI DITEMUI TIDAK SEDARKAN DIRI, CUBA BUNUH DIRI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kejadian disyaki cubaan bunuh diri di Jalan Hamzah, Seksyen 16, di sini, malam semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem NG 999 pada jam 9.26 malam.

“Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS). 

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.49 malam sebelum mendapati mangsa terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata kemudian pihaknya memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk hadir ke lokasi bagi tindakan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here