Home Buletin Semasa KELUARGA TERKEJUT MOHD SYUIB SUDAH TIADA

KELUARGA TERKEJUT MOHD SYUIB SUDAH TIADA

210
0

Segamat, JOHOR: “Kami terkejut apabila mendapat tahu berita sedih kira-kira jam 6 petang memaklumkan Mohd Syuib Bidin telah tiada.

Demikian kata Kamaruddin Yusof, 51, iaitu salah seorang saudara kepada Jurulatih anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Koperal Udara (U) Mohd. Syuib Bidin, 33, yang meninggal dunia selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin tengahari semalam.

Kamaruddin berkata, sebelum itu mereka sekeluarga mengetahui kejadian kecederaan arwah itu selepas dihubungi saudara terdekatnya jam 2.15 mengenai kejadian petang semalam

“Kejadian itu amat mengejutkan kami sekeluarga dan sebaik menerima berita itu, saya bersama beberapa keluarga terdekat terus bertolak dari Kuantan ke Hospital Daerah Segamat (HDS).

“Saya tidak menyangka Mohd Syuib Bidin sudah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya pada jam 6 petang ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) di Segamat, di sini, malam tadi

Kamaruddin berkata, arwah anak bongsu dari empat adik-beradik, anak yang baik dan mesra dengan saudara- mara serta penduduk kampung.

“Kami reda dengan ketentuan Ilahi, ” katanya.

Menurutnya, arwah meninggalkan balu berusia 30-an dan dua anak yang berusia tiga dan setahun.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here