Home Buletin Semasa PRODUK KOSMETIK MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

PRODUK KOSMETIK MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

170
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan.

KKM menerusi satu kenyataan pada Khamis memaklumkan produk kosmetik itu adalah Seri Ayu Secret – Radiant Repair Cream.

“Racun berjadual yang dikesan dalam produk terbabit termasuk merkuri. Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“la juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

KKM juga mengingatkan penjual dan pengedar produk itu agar menghentikan penjualan dan pengedarannya secara serta merta.

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Justeru KKM juga mengingatkan syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Susulan itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

KKM menggesa orang awam yang masih menggunakan produk kosmetik ini agar segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan sekiranya mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

“Orang awam boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA wAn.npra.gov.my alau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

“KKM akan terus memberikan maklumat dan nasihat berhubung perkara seumpama ini demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terjaga,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here