Home Buletin Semasa POLIS KELANTAN INGATKAN PELAJAR TIDAK TERLIBAT GEJALA SOSIAL TERMASUK JENAYAH IT,BIDANG AI

POLIS KELANTAN INGATKAN PELAJAR TIDAK TERLIBAT GEJALA SOSIAL TERMASUK JENAYAH IT,BIDANG AI

178
0
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki mengingatkan pelajar supaya tidak terlibat dengan gejala sosial semasa ucapannya di Majlis Pelantikan Murid (MPPM) kepada 156 wakil di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel Tv

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengingatkan pelajar supaya tidak terlibat dengan gejala sosial dalam kalangan remaja termasuk jenayah dari sumber maya melibatkan teknologi maklumat (IT) dan bidang kecerdasan buatan (AI).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya seboleh-bolehnya golongan pelajar tidak terjebak dan terpengaruh, sebaliknya perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran pada usia mereka.

“Masalah salah laku seks banyak berlaku sejak akhir-akhir ini. Kaedah ‘Parental Screening’ juga perlu diubah mengikut kesesuaian keadaan semasa.

“Masalah kemurungan juga banyak berlaku dalam kalangan pelajar yang ada juga disebabkan godaan-godaan daripada luar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap bagi merasmikan Majlis ‘Back To School’ dan Majlis Pelantikan Pemimpin Murid (MPPM) kepada 156 wakil di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) di Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Turut hadir, Pengetua SMSTMFP, Ahmad Tajab.

Muhamad Zaki berkata pelantikan pempimpin tersebut melibatkan pelbagai kepimpinan antaranya wakil bidang IT, badan pengawas, redaksi, kebajikan, ketua aspuri dan aspura serta tingkatan.

Beliau yang juga alumni sekolah berkenaan berkata sempena tahun akhirnya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau turut mengambil peluang menyumbang seberapa banyak perkongsian dan ilmu yang boleh menjadi manfaat untuk masyarakat, remaja khususnya untuk dijadikan sebagai ilmu serta panduan.

“Untuk meminati apa sahaja hiburan luar contohnya K-Pop, janganlah sampai berlebih-lebihan, tidak perlu terlalu bersungguh dan fikir dulu sebelum bertindak.

“Pemimpin muda juga perlu ada jati diri terutama dalam membentuk keperibadian untuk diri masing-masing,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar pelajar dan guru-guru berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa ‘love scammer’ atau diperdaya sehingga tidak menyedari diri dijadikan sebagai keldai akaun yang akhirnya termasuk dalam kategori Jenayah Komersial.

Katanya guru-guru yang mempunyai pendapatan tetap bulanan perlu lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis ditaburkan oleh mereka yang tidak dikenali atas talian.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here