Home Hiburan IBU BAPA UYAINA ARSHAD KEMALANGAN

IBU BAPA UYAINA ARSHAD KEMALANGAN

12
0

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan ibu bapanya terbabit dalam kemalangan jalan raya, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, melalui hantaran Instagram (IG), Uyaina atau nama penuh, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, bersyukur masih diberi kesempatan bersama insan tersayang, selain menyifatkan kejadian malam tadi sebagai detik yang hampir menjadi tragedi pahit.

“Bangun pagi ini dengan rasa sangat bersyukur. Ia mungkin boleh jadi (disebabkan) tragedi malam tadi.

“Terima kasih Allah kerana menjaga insan tersayang dan masih meminjamkan mereka,” katanya penuh kesyukuran.

Uyaina mendakwa, kemalangan berlaku ketika polis difahamkan sedang mengejar suspek yang disyaki melakukan jenayah.

Tambahnya suspek didakwa merempuh kereta ibu bapanya pada kelajuan tinggi.

“Rasa macam babak filem. Penjenayah langgar lampu merah kemudian hentam kereta ibu bapa saya pada kelajuan tinggi,” dakwanya.

Bagaimanapun, Uyaina tidak memperincikan keadaan terkini ibu bapa termasuk kemungkinan mengalami kecederaan.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here