Home Buletin Semasa LELAKI MILIKI 13 REKOD LAMPAU LANGGAR KERETA POLIS

LELAKI MILIKI 13 REKOD LAMPAU LANGGAR KERETA POLIS

12
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH: Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki selepas suspek bertindak agresif cuba melanggar anggota polis dalam kejadian di Tepi Sawah, Jalan Masjid Tok Che Dol, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, kejadian pada jam 5.57 petang itu berlaku apabila anggota polis mengesan kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek bertindak melarikan diri.

Menurutnya, insiden itu mencetuskan aksi kejar-mengejar sebelum suspek secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan dan mengundurkannya pada kelajuan tinggi sehingga melanggar bahagian hadapan kenderaan polis beberapa kali.

“Bagi mempertahankan diri, anggota polis melepaskan tembakan pertama ke arah tayar kanan belakang, diikuti tembakan kedua pada tayar kiri belakang kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek berjaya ditahan tanpa sebarang kecederaan dan kenderaan berkenaan turut dirampas.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here