Home Sukan DE ZERBI MAHU ‘BUANG AURA NEGATIF’, SPURS TERUS BERJUANG ELAK TERSINGKIR

DE ZERBI MAHU ‘BUANG AURA NEGATIF’, SPURS TERUS BERJUANG ELAK TERSINGKIR

14
0

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Roberto De Zerbi tekad menyingkirkan aura negatif dalam pasukan ketika mereka berdepan misi getir kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Spurs kini berada dua mata di bawah zon selamat dengan hanya empat perlawanan berbaki, meskipun baru meraih kemenangan liga pertama sejak Disember apabila menewaskan Wolverhampton Wanderers minggu lalu.

Namun, mereka menerima tamparan hebat apabila pemain tengah menyerang, Xavi Simons mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL) yang menamatkan musimnya.

Spurs akan bertandang ke gelanggang Aston Villa Isnin ini dan De Zerbi mahu pemainnya membuang pemikiran negatif yang menyelubungi pasukan.

“Cabaran paling penting sekarang adalah untuk menutup suara negatif dalam diri kami, pemain, staf dan penyokong.

“Suara itu selalu berkata kami tidak bernasib baik, terlalu banyak kecederaan, staf perubatan tidak cukup bagus atau mustahil untuk menang berturut-turut. Semua itu negatif dan mengarut,” katanya.

Menurut beliau, fokus harus diberikan kepada kualiti pemain Spurs yang berjaya mengutip empat mata daripada dua perlawanan terakhir.

“Kami akan menentang salah satu pasukan terbaik, tetapi jika Tottenham menang di Villa Park, itu bukan keajaiban. Mungkin kami kalah, tetapi kami ada kualiti untuk menang. Kami perlu kekal positif,” katanya.

De Zerbi turut memaklumkan pemain tengah James Maddison yang kembali ke bangku simpanan selepas pulih daripada kecederaan ACL sejak Ogos lalu berpotensi memainkan peranan dalam baki perlawanan musim ini.

“Saya mahu menurunkannya kerana dia pemain istimewa, tetapi kami perlu menilai tahap kecergasan. Saya rasa dia boleh menjadi penting dalam tiga perlawanan terakhir,” katanya.

Dalam masa sama, pengendali dari Itali itu memberi bayangan perubahan besar bakal dilakukan pada jendela perpindahan musim panas bagi memastikan Spurs tidak lagi bergelut musim depan.

“Pada musim panas, kami boleh lakukan apa sahaja. Kami ada masa untuk memperbaiki pasukan dan kami akan lakukannya,” katanya.-Reuters, Harian Metro-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here