Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV
TUMPAT: Permainan kebudayaan seperti gendang mampu menyemai semangat cintakan warisan budaya dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, ia dapat memberi pendedahan tentang kehebatan permainan rakyat tersebut.
Team Imedikel TV berkesempatan menemu bual ketua permainan kesenian itu, di sini, baru-baru ini.
Perkembangan pesat teknologi maklumat yang membuka ruang peningkatan permainan moden di alam maya sekaligus menenggelamkan permainan tradisional yang menjadi identiti budaya melayu.
Ia semakin dipinggirkan masyarakat terutama generasi muda.
Zawawi berkata remaja sekarang perlu diperkenalkan dengan permainan kesenian dan diasuh sehingga timbul rasa minat.

“Yang tu kita kena asuh dan didik daripada generasi generasi baru kalau kita tidak didik generasi generasi baru untuk bersama sama dengan kita kemungkinan dia akan pupus,”
Katanya dia bersedia mengajar generasi baru untuk bermain alat permainan tradisional ini supaya tidak ditelan zaman.
“Dia minat ni sebenarnya kalau kita tidak mendekati dia tak aka nada minat, apabila dia mendekati dia menghayati minat tu dia akan datang dia akan mari minat ha itu yang penting untuk tarik anak anak muda tarik orang orang baru ha aitu kita kena ada inisiatif kita sendiri la,”
Zawawi berkata dia bergiat dalam keseniaan dan kebudayaan ini sejak berusia belasan tahun lagi.
Katanya ilmu itu telah diwarisi secara turun temurun daripada penggiat di kawasan limbat.
Dia berkata permainan gendang dan kesenian yang dimainkan itu tidak berteknologi namun mampu memberi kenangan.
Tambah zawawi, kumpulannya sering dijemput bagi membuat persembahan di majlis-majlis keramaian.

“Memang selalu buat persembahan la buat persembahan yang dijemput untuk dalam negeri luar negara indonesia singapore ni mereka baru balik perancis,”
“Lagu yang dimainkan ni ada macam macam lagu lagu dia ada mokyong dia tradisional ni dia banyak jenis satu wayang kulit kedua makyong ketiga nya silat tomoi tapi lagu lagu kita pilih la dia lagu tak sama lagu wayang kulit lagu makyong lagu tak sama tapi kita boleh mainkan semua lagu lagu dalam kategori ni,”
Katanya dia dapat bermain keseluruhan alat muzik tradisional termasuk gendang, gedup, dombak, serunai, canang dan lain-lain.
Menurutnya, seramai 20 orang ahli kumpulan yang berada di bawah didikannya sekarang.
Zawawi berharap generasi anak limbat akan sentiasa mewarisi seni kebudayaan agar kekal sepanjang zaman.
Imedikel TV






