Home Luar Negara HELIKOPTER BAWA 6 PENUMPANG TERHEMPAS

HELIKOPTER BAWA 6 PENUMPANG TERHEMPAS

254
0

KATHMANDU: Sebuah helikopter yang membawa lima penumpang warga asing dan juruterbangnya terhempas di daerah pergunungan Nepal semalam, namun nasib mereka masih belum diketahui, kata seorang pegawai tempatan di negara berkenaan.

Menurut ketua pegawai daerah Solukhumbu Basant Bhattarai memberitahu Xinhua, helikopter malang terbabit milik Manang Air itu terputus hubungan 15 minit selepas berlepas dari Surke di daerah Solukhumbu ke Kathmandu.

“Helikopter itu terhempas di kawasan Lamjura di daerah ini. Kami sudah mengerahkan pasukan keselamatan ke lokasi nahas,” katanya.

Pegawai itu menambah butiran nahas akan diperoleh sebaik pasukan keselamatan tiba di lokasi.

Pihak berkuasa penerbangan awam nepal dalam ciapannya berkata, pihaknya menghantar sebuah helikopter untuk operasi menyelamat.

SUMBER HMETRO ONLINE

BERNAMA XINHUA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here