Home Luar Negara LIMA PEROMPAK LARIKAN KAD POKEMON BERNILAI RM611,000

LIMA PEROMPAK LARIKAN KAD POKEMON BERNILAI RM611,000

Copenhagen: Polis Denmark melancarkan siasatan besar-besaran pada Ahad selepas sekumpulan perompak bertopeng menyerbu sebuah kedai menjual kad Pokemon di utara Copenhagen dan melarikan barangan koleksi bernilai lebih €130,000 (US$143,000), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Memetik laporan Bernama menerusi Harian Metro, Polis sedang memburu lima lelaki yang dipercayai mengancam seorang pekerja kedai menggunakan objek menyerupai pistol di sebuah pusat beli-belah di Lyngby, utara Copenhagen.

Perompak berkenaan kemudian memecahkan kabinet pameran dan mencuri kad Pokemon yang mendapat permintaan tinggi.

Mereka dilaporkan melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki sebuah kereta.

Kad dagangan Pokemon berasaskan siri permainan video yang membolehkan pemain menangkap dan melatih makhluk fiksyen. 

Kad berkenaan kekal sangat popular sejak bertahun-tahun, dengan kad yang jarang ditemukan dan mendapat permintaan tinggi dijual pada harga yang mahal. – BERNAMA, HMetro –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here