Home Luar Negara PENGASAS WIKILEAKS, JULIAN ASSANGE MENGAKU BERSALAH ATAS TUDUHAN MENGINTIP

PENGASAS WIKILEAKS, JULIAN ASSANGE MENGAKU BERSALAH ATAS TUDUHAN MENGINTIP

158
0

SAIPAN: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange mengaku bersalah atas tuduhan melanggar undang-undang pengintipan Amerika Syarikat (AS) di Mahkamah Wilayah Pulau Pasifik hari ini, di mana beliau dijangka bebas sepenuhnya susulan perjanjian dengan pendakwa raya AS.

Assange, 52, yang tiba di mahkamah dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih mengenakan sut hitam, hanya tersenyum ketika berjalan melepasi anggota keselamatan bersama pasukannya dan duta Australia ke AS, Kevin Rudd.

Puluhan media dari seluruh dunia berkumpul di luar mahkamah untuk membuat liputan.

Bagaimanapun, media tidak dibenarkan berada di dalam kamar mahkamah untuk membuat liputan.

“Saya melihat dan terfikir bagaimana perasaannya berjalan di depan pihak media yang ramai selepas bertahun-tahun terkurung dalam penjara yang mempunyai tahap keselamatan tinggi,” kata isteri pengasas WikiLeaks itu, Stella Assange menerusi platform media sosial X.

Assange sebelum ini bersetuju untuk mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan jenayah iaitu bersubahat untuk mendapatkan dan mendedahkan dokumen sulit pertahanan negara AS, menurut pemfailan di mahkamah daerah AS di Kepulauan Mariana Utara.

Menurut pendakwa raya AS, jika hakim meluluskan pengakuannya, Assange dijangka dapat kembali ke kediamannya di Australia.

Assange bakal dijatuhkan hukuman penjara 62 bulan atas kesalahan itu.

Assange yang berasal dari Australia berada lebih lima tahun di penjara kawalan keselamatan tinggi Britain dan tujuh lagi lokasi tersembunyi di kedutaan Ecuador di London ketika dibicarakan atas tuduhan jenayah seks di Sweden dan berjuang untuk ekstradisi ke AS, di mana dia menghadapi 18 pertuduhan jenayah.

Penyokong Assange melihatnya sebagai mangsa kerana mendedahkan salah laku AS dan potensi jenayah, termasuk dalam konflik di Afghanistan dan Iraq.

Washington berkata, penyebaran dokumen rahsia itu meletakkan nyawa orang awam dalam bahaya.

Kerajaan Australia menyokong pembebasannya dan membangkitkan isu itu beberapa kali kepada AS.

“Bagi mana-mana warga Australia yang dipenjarakan secara berlarutan tanpa penyelesaian undang-undang, maka kerajaan harus menjadi pembela bagi pihak mereka dan inilah yang kami lakukan,” kata Timbalan Perdana Menteri Australia, Richard Marles menerusi rangkaian televisyen ABC hari ini.

Marles menambah, pembebasan Assange tidak akan menjejaskan hubungan antara Australia dan sekutu rapatnya, AS. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here