Home Luar Negara PENUMPANG DIMINTA TURUN SEBAB PESAWAT TERLEBIH MUATAN

PENUMPANG DIMINTA TURUN SEBAB PESAWAT TERLEBIH MUATAN

30
0

LONDON: Syarikat penerbangan tambang rendah Britain, easyJet, menarik perhatian ramai, baru-baru ini, selepas meminta penumpang keluar dari sebuah penerbangan yang melebihi had berat di bawah keadaan semasa.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Portal Vnexpress melaporkan insiden itu berlaku pada 11 April di Lapangan Terbang Southend London, di mana penerbangan EJU7008 bersedia untuk berlepas ke Malaga, Sepanyol.

Ketika pesawat bergerak di landasan, juruterbang memaklumkan kepada penumpang bahawa pesawat tidak dapat berlepas dengan selamat kerana sekatan berat, lapor The Independent.

Menurut syarikat penerbangan itu, pesawat Airbus A319 melebihi had berlepas yang dibenarkan selepas mengambil kira faktor gabungan keadaan cuaca dan panjang landasan.

Dengan panjang hanya sedikit melebihi 6,000 kaki, landasan itu menawarkan margin berlepas yang lebih kecil berbanding lapangan terbang antarabangsa yang lebih besar terutamanya dalam cuaca buruk, lapor New York Post.

Penumpang diberikan beberapa pilihan termasuk secara sukarela untuk keluar pesawat, pengendali memunggah sejumlah bagasi atau penerbangan itu ditangguhkan. 

Seorang penumpang memberitahu media tempatan bahawa penumpang diberi kira-kira 30 minit untuk membuat keputusan.

Akhirnya, lima penumpang secara sukarela keluar dari pesawat bagi membolehkan penerbangan diteruskan. Penumpang lain dilaporkan memberikan tepukan sebagai tanda penghargaan terhadap keputusan mereka.

Penerbangan itu berlepas tidak lama kemudian dan tiba di Malaga dengan hanya sedikit kelewatan.

EasyJet memaklumkan penumpang terjejas menaiki penerbangan seterusnya tanpa sebarang kos tambahan dan akan menerima pampasan.

Syarikat itu menegaskan bahawa sekatan berat adalah langkah keselamatan standard dalam industri penerbangan.

“Keselamatan dan kebajikan penumpang serta kru kami sentiasa menjadi keutamaan tertinggi,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Penumpang mungkin menerima pampasan sehingga AS$400 (RM1,582) seorang bergantung kepada tempoh kelewatan.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here