Home Buletin Semasa LUK CHUP PEMANIS MULUT DARI ISTANA THAILAND

LUK CHUP PEMANIS MULUT DARI ISTANA THAILAND

180
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

PASIR MAS: Kelihatan seakan miniature buah mahupun sayuran, kuih tradisional Thailand ini dipanggil Luk Chup.

Luk chup ialah sejenis kuih tradisional diraja Thailand yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Warnanya yang berkilauan dengan pelbagai bentuk seperti buah buahan mempesona sesiapa yang melihat.

Team Imedikel TV sempat membuat tinjauan dan menemu bual seorang pengusaha kuih Luk Chup pada program demonstrasi kuih Luk Chup di Tendong, Pasir Mas, baru-baru ini.

Juadah berasaskan kacang itu agak unik kerana dibuat dalam pelbagai bentuk menyerupai buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengusaha kuih Luk Chup Suriani Abdul Karim, 42, berkata, kuih itu disajikan dengan warna yang menarik malah sekali pandang seperti buah-buahan tiruan.

“Kuih Luk Chup ni sebenarnya asal daripada thailand nama dia pun luk chup ok nama dia luk chup tu maksud dia buah kecil-kecil buah yang dicelup ok so that’s why la kuih luk chup tu buah dia kecil-kecil sebab kalau besar-besar dia tak jadi macam luk chup lah.”

Menurut suriani, hanya dua bahan yang digunakan untuk membuat luk chup iaitu kacang hijau tanpa kulit dan gula.

Dua bahan itu direbus selama lebih kurang dua jam sehingga menjadi doh.

Tambahnya, dia menggunakan bahan asli halal dari thailand kerana hasilnya lebih menarik.

“Jangka masa buat tu lama tu depends pada berapa jumlah kita nak buat kalau sikit dalam seratus biji tu rasa tak sampai pun satu jam tapi kalau banyak macam satu ribu dua ribu kadang sampai satu hari tak tidur pun haa lama la dia punya tempoh pembuatan.”

Katanya, proses membuat Luk Chup mengikut kreativiti yang dikehendaki agak renyah dan menuntut kesabaran yang agak tinggi.

Suriani berkata kuih Luk Chup juga diinovasi dengan pelbagai bentuk yang menarik seperti set sambal belacan, set breakfast dan sushi.

“Kalau keadaan cuaca panas sangat petang tak ambil lagi takut basi ke masam ke tapi bentuk dia still tak berubah cantik cuma rasa jela akan akan ada la sikit-sikit.”

Menurut Suriani, Luk Chup juga antara kuih yang cerewet kerana risiko pada kacang hijau yang mudah basi apabila terdedah bawah suhu panas.

Jelasnya, dia mendapat idea untuk mempelajari Luk Chup daripada arwah adiknya, Zubaidah Abdul Karim, sejak usia 22 tahun.

Ia sekali gus menjadi sumber pendapatan yang agak lumayan bagi pengusaha manisan tersebut.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno, Rita Sarbanon Ismail dalam program tersebut.

Dia berkata program itu dilaksanakan untuk mencari kelainan dengan mempelajari cara membuat luk chup kepada masyarakat melayu di negeri cik siti wan kembang.

“Saya amat mengharapkan supaya apa yang dipelajari hari ni bukan shaja untuk dibawa balik makan bersama keluarga tetapi juga akan menjadi menjana pendapatan kepada untuk membantu ekonomi.”

Rita berkata Luk Chup merupakan kuih yang boleh menjadi sumber pendapatan terbesar kerana masih belum mempunyai saingan dalam berniaga.

Walaubagaimanapun, ia semakin dikenali ramai dalam masyarakat di sini.

Menurut Rita, seramai 80 peserta menyertai program tersebut.

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here