Home Buletin Semasa SKETSA RUKUN NEGARA JADI PENGISIAN BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA

SKETSA RUKUN NEGARA JADI PENGISIAN BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA

149
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV


PASIR PUTEH: Pengisian Bulan Kebangsaan diteruskan dengan Sketsa Rukun Negara yang membabitkan 9 buah sekolah di negeri Kelantan.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, sketsa tersebut adalah sebahagian daripada program yang diatur khusus untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Antara yang telah dilaksanakan adalah Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang telah berlangsung pada 23 dan 24 Julai lalu dibeberapa jajahan di negeri Kelantan diikuti dengan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.

“Dan hari ini kita teruskan dengan sketsa Rukun Negara yang melibatkan 9 buah sekolah mewakili seluruh sekolah di negeri Kelantan dan selepas ini bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan,” katanya di siding media selepas Perasmian Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023, Peringkat Negeri Kelantan, di SMK dato’ Ismail, Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Menurutnya, selepas ini ada lagi tiga program bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan.

“Kita akan melaksanakan tiga program semarak gemilang iaitu bagaimana masyarakat di tiga kawasan iaitu kawasan pantai peranginan pada tahun ini kita pilih di lokasi Kota Bharu iaitu Pantai Cahaya Bulan, kemudian di kawasan perniagaan kita pilih di RTC Tunjong dan satu lagi di Kampung Tradisi iaitu Kampung Bukit Kecil di Tanah Merah bagi menzahirkan cintakan negara.

Pengarah JaPen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor menyampaikan “mock” cek kepada juara Pertandingan Sketsa Rukun Negara, SMK Tanah Merah (1), di sini, hari ini.

“Kita laksanakan program semarak kebangsaan dan yang keempatnya ialah suatu pertandingan dinamakan Anugerah Semarak Gemilang yang ada beberapa kategori bangunan kerajaan, premis swasta yang mana kita nak nilai daripada segi kenegaraan tentang kibaran jalur gemilang, hiasan yang menampakkan bagaimana keceriaan kita menyambut bulan kebangsaan tahun ini,”katanya.

Pertandingan sketsa tersebut dimenangi oleh pelajar SMK Tanah Merah (1) bertemakan “Penghayatan Rukun Negara”.

Juara memenangi wang tunai sebanyak RM2000, trofi dan sijil penghargaan.

Program ini anjuran JaPen Kelantan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here