KOTA BHARU: Rawatan bekam menjadi pilihan ramai sebagai rawatan alternatif. Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat.
Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Untuk segemen kesihatan minggu ini, team I medikel TV menemubual Pengasas Neo Medicare Group, profesor Dr. Abd Aziz Al-Safi Ismail.
“Bekam ini adalah satu amalan sunnah amalan tradisi yang lebih daripada 5000 tahun dahulu lagi orang mengamalkan bekam,”
“Semua mengamalkan bekam dan yang signifikannya adalah apabila rasulullah saw dibangkitkan dan pada masa tersebut dah ada sebenarnya orang berbekam tapi yang signifikannya adalah semasa israk dan mikraj baginda saw melalui beberapa kumpulan malaikat semasa israk dan mikraj dan malaikat nak bagitahu ini satu hadis sahih mengatakan ‘ wahai muhammad hendaklah kamu berbekam kerana berbekam ini adalah sebaik baik rawatan’. Jadi itu signifikan nya kenapa kita nak buat bekam.”
Menurut Dr. Abd Aziz, beliau membuat kajian secara terperinci serta secara saintifik tentang amalan bekam.

Katanya dengan mengeluarkan darah daripada badan seseorang pada tempat dan masa tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kesihatan.
Jadi bermula daripada kajian yang dibuat beliau kembangkan ilmu bekam ini untuk digunakan sebagai salah satu cara merawat mereka yang menghadapi sakit kronik.
Menurut beliau, terdapat dua jenis bekam iaitu bekam basah dan kering.
“Bekam ni ini biasanya diamalkan oleh masyarakat cina, masyarakat cina dia suka buat bekam angin sahaja maknanya dia letak cup, pam dan angin sahaja yang keluar,”
“Kita guna jarum jadi ia lebih selamat lah kalau zaman dulu dia buat bekam tapi tidak hygiene dia guna tanduk lembu lah guna buluh macam-macam laa tapi sekarang ni sudah di modernkan jadi dah takda lah guna buluh guna tanduk lembu kita guna mangkuk yang disediakan dan disuci hama jadi tak ada jangkitan kuman dan kita guna pam, pam kita sedut kalau dulu untuk created atau untuk membentuk haba gas tu dia guna dia bakar kan jadi sekarang ni telah dimodernkan jadi prosesnya lebih senang dan lagi senang diterima oleh masyarakat.”

Katanya dengan berbekam pesakit akan mendapat banyak manfaat jika mengamalkan rawatan tradisional ini secara berkala.
Beliau berkata dengan berbekam dapat merawat 72 jenis penyakit yang ada dalam badan individu tersebut.
Antaranya penyakit vertigo, kencing manis, penyakit autoimun kronik (sle), masalah buah pinggang dan lain-lain.
Menurut Dr Abd Aziz, golongan untuk orang berbekam terbahagi kepada beberapa bahagian.
Katanya bekam bukan sahaja untuk inidividu yang mempuyai penyakit kronik malah individu yang sihat juga perlu berbekam untuk kesihatan badan.
“Yang pertamanya golongan yang berisiko tinggi katakan mereka ni sebelum ni keluarga mereka ada darah tinggi ada kencing manis ada sakit jantung kolesterol tinggi, dia sendiri belum ada itu orang panggil berisiko tinggi ataupun dia ni badan gemuk itu orang yang berisiko tinggi. Kumpulan yang kedua adalah mereka yang sudah ada penyakit. Katalah dia ada darah tinggi, eloklah buat bekam, dan katakanlah dia ada kencing manis misalnya juga kolestrol tinggi ada masalah buah pinggang jadi semua tu eloklah buat bekam,”

“Pesakit buah pinggang kalau tahap 4 tahap 5 dia kena buat 2 kali seminggu kalau tahap 3 sekali seminggu kalau tahap 2 dua minggu sekali tahap 1 sebulan sekali kalau belum kena apa-apa setiap 4 bulan buat maknanya orang normal pun perlu buat bekam kerana dia boleh menurunkan atau boleh mengeluarkan darah mengandungi toksin daripada badan.”
Tambahnya ada juga golongan yang tidak boleh berbekam iaitu golongan yang ada masalah darah seperti talasemia dan leukimia.
Dr Abd Aziz berkata rawatan bekam tidak memberi kesan sampingan kepada individu itu dengan syaratnya mereka perlu melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum berbekam.
Katanya setiap individu perlu memastikan keadaan diri mereka berada dalam keadaan baik sebelum berbekam untuk mengelak sebarang risiko atau komplikasi.
Namun stigma masyarakat mengenai kaedah rawatan alternatif ini masih belum jelas sehingga ada yang berpendapat jika seseorang itu mempunyai penyakit kronik dan mereka melakukan rawatan bekam ia akan menyebabkan masalah kepada kesihatan.
“Apa- apa pun perlu pada ilmu kena belajar. Jadi ramai orang bercakap tentang bekam tanpa ilmu, dia tak tahu apa-apa pasal bekam dia nak cakap itu yang menjadi masalah,”
“Jadi yang penting sekali kita kena belajar dapatkan buku macam buku saya, buku ni memang lengkap. Jadi banyak persepsi2 negatif malah ada lagi yang kata kalau kencing manis tak boleh berbekam nanti tak boleh baik kan itu adalah persepsi negatif yang mana boleh atasi dengan belajar dia kena tahu dia kena tengok belajar dan kami di sini ada kelas khusus bekam setiap bulan supaya orang tahu apa beza bekam dengan derma darah contohnya. Kalau perempuan yang datang period perlu lagi berbekam ataupun tidak kan. Setengah orang kata dah tak perlu dah sebab dah datang period itu adalah benda negatif orang tak tahu ataupun orang yang pernah derma darah adakah perlu dia buat bekam lagi sebab dia dah derma darah setiap bulan jadi itula benda yang orang panggil, Kadang-kadang ada persepsi negatif satu, yang keduanya kita tak ada knowledge tak ada pengetahuan pasal tu jadi kena belajar ikuti kursus kursus supaya kita dapat maklumat terkini yang betul pasal bekam.”
Menurutnya harga bekam di Neo Medicare berbeza mengikut penyakit.
Katanya rawatan penyakit tersebut pula bergantung kepada bilangan mangkuk atau ‘cup’ yang digunakan
Katanya bekam ini haruslah diguna sekali dalam perubatan moden kerana perubatan moden mempunyai hadnya yang tersendiri.
ImedikelTV





