Home Segmen Kesihatan TIP PENGAMBILAN AIR ELAK LETIH SEMASA BERPUASA

TIP PENGAMBILAN AIR ELAK LETIH SEMASA BERPUASA

204
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Pengambilan air secukupnya sepanjang bulan Ramadan amat penting untuk mengelak dehidrasi dan rasa letih.

Kekurangan air bukan sahaja menjejaskan tenaga, malah boleh mengganggu fungsi penghadaman serta prestasi organ penting dalam badan.

Ramai individu Muslim menghadapi kesukaran mengekalkan pengambilan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari ketika berpuasa.

Anda boleh mengambil segelas air ketika bangun sahur, kemudian segelas lagi selepas sahur.

Seterusnya segelas selepas azan Maghrib dan selepas menunaikan solat Maghrib.

Anda juga boleh mengambil segelas air putih selepas makan dan selepas menunaikan solat Isyak.

Kemudian minum segelas air selepas solat Tarawih dan segelas lagi sebelum tidur.

Dengan mengamalkan cara ini, tubuh dapat mengekalkan hidrasi yang optimum sekaligus meningkatkan tenaga dan kesihatan sepanjang Ramadan. – KKM –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here