Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan ImedikelTV
KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan menyifatkan PAS memerlukan sokongan daripada pengundi luar untuk terus kekal dalam kerajaan.
Setiausahanya, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, berkata PAS membawa pengundi luar pulang menerusi cara menyediakan perkhidmatan bas percuma.
“Situasi tersebut menunjukkan bahawa sokongan luar amat penting oleh kerana rakyat di Kelantan cenderung untuk tidak mengundi parti itu,” katanya pada sidang media PRN BN- Pakatan Harapan (PH) di Dewan UMNO Kelantan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berharap pengundi luar yang pulang dapat membuat keputusan yang tepat dengan memilih BN dan PH.
Tambahnya, kelihatan juga perubahan anak muda yang cenderung tidak menyertai ceramah pihak PAS pada PRN kali ini.
ImedikelTV






