Home Hiburan KES LANGGAR SUAMI YASMIN KHANIF: DUA SAKSI DIMINTA TAMPIL

KES LANGGAR SUAMI YASMIN KHANIF: DUA SAKSI DIMINTA TAMPIL

8
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Yasmin Khanif memaklumkan suaminya masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital akibat mengalami pendarahan di kepala selepas terbabit dalam kemalangan di Shah Alam, Ahad lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Yasmin atau nama sebenarnya, Rosyasmin Mohd Khanif, 38, berkata suaminya Mejar Humaizi Ibrahim, 42, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan doktor sedang memantau untuk tempoh 36 jam.

“Keadaan suami masih kritikal, tak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi.

Doktor akan tengok dalam tempoh 36 jam, nak ulang semula buat ujian CT Scan dan selepas itu baru tengok apa rawatan yang boleh dibuat.

“Pendarahan di dalam kepalanya dan keadaannya kritikal. Saya juga berterima kasih kepada pihak atasan TUDM turut membantu ambil berat masalah ini,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, dia juga bersyukur kerana pemandu pacuan empat roda yang melanggar suaminya ketika menunggang motosikal selepas bermain badminton sudah dikenal pasti oleh pihak polis.

Menurutnya, walaupun berasa lega, dia masih memerlukan bantuan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

“Saya perlukan bantuan mereka yang prihatin dalam kes ini. Saya menyeru dua lelaki bermotosikal yang juga saksi utama kejadian untuk tampil ke depan bagi membantu siasatan.

“Ini kerana piahk polis perlukan saksi mata yang melihat kejadian menimpa suami. Justeru, sekali lagi saya memohon jasa baik mereka untuk menyelesaikan siasatan dalam kes ini,” katanya.

Dalam kejadian pada malam Ahad lalu, Humaizi yang baru selesai bermain badminton cedera parah selepas dipercayai dilanggar Mitsubishi Triton ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumah di Subang.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya berhampiran Mori Park, Shah Alam kira-kira jam 10.30 malam selepas mangsa baru selesai bermain badminton. – HMetro Online

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here