Home Buletin Semasa JPJ SITA TIGA KENDERAAN MEWAH DALAM OPS LUXURY DI KUALA MUDA

JPJ SITA TIGA KENDERAAN MEWAH DALAM OPS LUXURY DI KUALA MUDA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

SUNGAI PETANI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita tiga buah kenderaan mewah dalam Ops Luxury yang dilaksanakan oleh Cawangan Sungai Petani di sekitar daerah Kuala Muda, semalam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi JPJ, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati setiap kenderaan terbabit melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh, tidak memiliki perlindungan insurans yang sah, selain melakukan kesalahan teknikal seperti penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi serta pemasangan cermin gelap yang menyalahi peraturan.

“Susulan itu, anggota penguat kuasa telah mengeluarkan Notis Saman P22, Notis PG1 dan Notis Sita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit,”menurut kenyataan itu.

JPJ menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik atau pemandu yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya, termasuk mereka yang menggunakan kenderaan mewah.

Menurut jabatan itu, operasi penguatkuasaan akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here