Home Buletin Semasa FIESTA PERHUTANAN DAN KOMUNITI, TAMBAH PENGETAHUAN PENGUNJUNG

FIESTA PERHUTANAN DAN KOMUNITI, TAMBAH PENGETAHUAN PENGUNJUNG

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Reruai memanjat pokok Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) di Fiesta Perhutanan dan Komuniti di ruang lega Kuantan City Mall, di sini menjadi tumpuan pengunjung apabila membawakan aktiviti pameran peralatan memanjat dan anak pokok balak, termasuk pengedaran buku pelancongan Pahang secara percuma setiap hari.


Program tiga hari itu dirasmikan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Radhi Chu Abdullah.


Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan dan Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Roslan Rani dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Grippin Akeng.


Pada program tiga hari itu terdapat 13 gerai pameran dan jualan produk hutan seperti madu kelulut, kraftangan, ekopelancongan serta hebahan inisiatif pemeliharaan sumber biodiversiti hutan oleh persatuan komuniti dan rakan strategik.


Turut terdapat 14 reruai pameran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) termasuk Jabatan Perhutanan Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengagihkan 1,000 pokok buah-buahan kepada pengunjung.


Setiap reruai pameran jabatan ini mempunyai tema tersendiri bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang awam tentang peranan dan fungsi JPSM dalam pengurusan hutan secara lestari.


Setiap reruai pameran jabatan perhutanan negeri mempunyai tema tersendiri bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang awam tentang peranan dan fungsi dalam pengurusan hutan secara lestari dengan menggunakan teknologi moden.


Pengunjung yang berkunjung di reruai Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berpeluang melihat pameran memanjang pokok menggunakan tali dan pelbagai peralatan moden lain yang di import dari luar negara, turut sama beberapa pemanjat profesional terdiri daripada kakitangan jabatan.


Turut dipamerkan anak pokok balak membabitkan beberapa spesies seperti Keruing Bulu, Keruing Gombang Merah, Keruing Kerut, Meranti Mengkai dan Meranti Kepong.


Sempena program itu diadakan pertandingan meneka jumlah biji benih Meranti Tembaga, cabutan nombor bertuah dan peraduan perhutanan yang menawarkan hadiah menarik.


Rata-rata pengunjung yang ditemui teruja apabila berpeluang melihat pameran diadakan membabitkan perhutanan dan banyak pengetahuan diperoleh yang tidak diketahui sebelum ini membabitkan tanggungjawab jabatan perhutanan termasuk undang-undang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here