Home Segmen Kesihatan KANSER PAYUDARA, ELAK BERDIAM DIRI

KANSER PAYUDARA, ELAK BERDIAM DIRI

266
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

Umum mengetahui, kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita.

Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah kanser ini, memilih untuk berdiam diri daripada mendapatkan rawatan.

Ini kerana mereka sering dimomokkan rawatan kanser itu menyakitkan.

Ikuti laporan wartawan I medikel TV, Athirah Azman dan jurukamera Arif Danial Sumardi dalam segmen kesihatan minggu ini, bersama pakar Bedah Perunding Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, (HUSM), Doktor Wan Zainira Wan Zain, baru-baru ini bagi mengulas lanjut mengenai kanser payudara.

Dr zainira berkata segelintir pesakit memandang enteng terhadap penyakit ini kerana ramai memilih untuk berdiam diri daripada mendapatkan rawatan di hospital.

Tambahnya, ada yang lebih mempercayai kaedah alternatif kerana beranggapan penyakit itu mampu disembuhkan dengan cara tersebut.

Keadaan ini nyata membuatkan kebanyakan pesakit hanya mendapatkan nasihat doktor selepas kesihatannya bertambah teruk, badan semakin lemah dan selepas didiagnosis kanser, namun malangnya sel kanser sudah merebak lebih serius.

“Ramai yang anggap rawatan hospital ini nombor dua, nombor satu adalah rawatan alternatif. Kita mempunyai cabaran dari segi itu jadi pesakit lagi percaya kepada rawatan alternatif daripada rawatan moden. Jadi sebelum datang ke tempat kita selalunya mereka akan pergi ke tempat bomoh.”

“Bila dah sampai dekat kita dah lewat dah. Dan selain daripada itu kita banyak sekarang ni macam infiniti kan dari internet boleh dapat kan jadi ada orang claim boleh rawat dengan ubat ni ubat ni yang bukan standard jadi diorang cuba yang tu dulu.”

Dr. Zainira berkata kanser payudara sangat berbahaya lebih-lebih lagi pada tahap tiga dan empat kerana boleh membawa maut.

Oleh hal demikian, pesakit perlu mendapatkan rawatan awal bagi mengelak ia merebak dan menyerang ke organ lain sehingga gagal berfungsi.

Dr. Zainira berkata terdapat empat tahap kanser payudara yang cenderung dialami oleh pesakit kanser payudara.

Katanya tahap pertama mempunyai ketulan yang bersaiz dua sentimeter manakala tahap tiga ia meningkat hingga lima sentimeter.

Beliau berkata, pada tahap empat ia telah merebak ke organ-organ lain seperti hati, paru-paru dan tulang belakang.

Menurutnya, sebaik sahaja pesakit sedar akan ketulan yang timbul, dia perlu segera ke hospital untuk mejalani ujian mamogram dan ultrasound.

“Jadi masih berada di sini tidak merebak lagi tetapi dia punya size sudah besar ok jadi bila naik ke tahap ke tiga saiz ketumbuhan ni sudah besar lebih pada lima sentimeter dan sudah ada ketulan di ketiak sudah merebak melibatkan linfatik chanel di ketiak.

Katanya, risiko kanser payudara termasuk umur yang meningkat, jantina perempuan, sejarah keluarga atau genetik serta pendedahan kepada estrogen yang lama iaitu datang haid di awal usia dan lambat menopaus.

Selain itu, turut berisiko juga kepada wanita yang tidak pernah melahirkan anak atau menyusukan bayi dan individu yang mengambil pil perancang dalam tempoh lebih daripada 10 tahun.

Beliau berkata wanita perlu lebih cakna akan kesihatan payudara masing-masing bagi mengelak daripada menjadi lebih teruk.

Dr. Zainira berkata pesakit perlu disahkan terlebih dahulu sama ada ketulan yang timbul pada payudara adalah kanser atau tidak.

Beliau berkata biopsi adalah satu proses mengeluarkan sampel kecil tisu payudara menggunakan jarum bagi melakukan ujian makmal.

“Kita kena sahkan dulu dia betul betul kanser atau tidak jadi pengesahan satu kita kena ambil biopsy selepas kita buat pemeriksaan kita ambil biopsy sahkan sebab dia akan tengok bawah mikroskop kita akan tengok tisu tu kanser atau tidak kedua kita kena buat memogram atau ataupun ultrasound nak tengok biji tu macam mana jadi dengan dari segi pemeriksaan tiga lah kita panggil trippel assesment daripada pemeriksaan imagy scan tadi dengan biopsy baru kita sahkan pesakit ni ada kanser payudara jenis apa,”

Tambahnya, ia dianggap solusi bagi menilai bahagian yang diragui di payudara untuk menentukan sama ada ia kanser payudara.

Beliau berkata selepas proses biopsi, pesakit akan melalui ujian mamogram dan ultrasound.

“Kita kena buat penyiasatan macam ultrasound mamogram sebab ultrasound dan mamogram tu baru kita tengok biji tu nampak macam kanser atau tak kalau banyak-banyak kita akan tengok oh yang ni nampak macam dia adalah scoring dia satu dua tiga.”

Seterusnya, dr. Zainira berkata pesakit akan mengambil pil, cecair atau dalam bentuk suntikan yang dipanggil kimoterapi untuk menghalang kanser merebak ke organ lain.

“Selalunya kanser yang jenis agresif akan berlaku pada wanita-wanita muda yang mempunyai risiko mutasi genetik maknanya dalam keluarga ni ramai yang dapat kanser atau ovari kanser jadi dia ada mutasi genetik yang ni agresif maknanya kadang-kadang kita jumpa ketulan tu kecil je tapi bila kita buat penyiastan sudah ada bengkak di ketiak bila kita buat scan oh dah ada metastesis, metastesis la maknanya dia dah merebak ke hati.”

Dr. Zainira berkata metastasis yang terhasil akibat kanser payudara boleh merebak hingga ke bahagian nodus limfa pada kawasan ketiak.

Walaubagaimanapun pesakit yang menghidap penyakit itu tidak akan merasa sakit melainkan ketulan di payudaranya pecah.

Jelasnya, obesiti juga menjadi salah satu punca kepada kanser payudara kerana lebihan lemak yang dimetabolisma kepada estrogen.

“Kanser payudara boleh membawa maut bila dia sudah advance sebab dia menyerang organ-organ menyerang paru-paru menyerang hati kan. Bila paru-paru sudah fail tak boleh berfungsi kita tak boleh bernafas dengan elok boleh menyebabkan kematian sama juga dengan hati, hati kita ni fungsi dia untuk banyak fungsi dia untuk metabolisma untuk nyah toksin. Kalau hati dah rosak dia tak boleh nyah toksin dalam badan kita jadi badan kita penuh dengan toksin lama-lama semua organ dalam badan menjadi gagal itulah yang menyebabkan kematian.”

Menurut dr. Zainira kanser adalah satu ketumbuhan yang boleh merebak sekitar kawasan tisu-tisu dan organ lain dalam badan.

Beliau berkata perubahan saiz payudara yang berbeza dan kulit kelihatan berbintik merah merupakan perkara yang tidak normal bagi seorang wanita.

“Yang paling lazim adalah ketulan yang selalu pesakit datang disebabkan oleh ketulan daripada payudara dan juga di bawah ketiak jadi macam mana nak tahu satu ketulan kanser atau tidak kita dapat perhatikan dia membesar dengan cepat contoh dalam masa dua tiga bulan ketulan tu berubah saiz daripada 2cm kepada 4 atau 5 cm maknanya double dia punya size kalau ketulan tu selama 10 tahun tiada perubahan size maknanya ia mungkin bukan kanser,”

“lagi satu adalah terdapat lekukan sebab tadi kan kita bincang mengenai kanser tu seperti crab ketam kan dia boleh menarik tisu-tisu sekelilingnya menjadi lekuk kadang-kadang puting pun termasuk ke dalam salah satu tanda lekukan puting ke dalam jadi ini adalah tanda-tanda kanser payudara tapi yang bila berlaku lekukan yang masuk ke dalam tu biasanya sudah lewat jadi yang paling awal adalah ketulan,”

Katanya, kanser payudara hanya mempunyai satu ketulan yang dipanggil ‘fibrosistik desease’.

“Selalu saya bila bercakap dengan pesakit saya akan bagitahu kita berperang dengan masa siapa yang dapat dulu doktor ke masa dulu ataupun kanser yang dapat dulu sebab kalau kita lambat macam ni lah dia akan lanjut kepada naik tahap naik tahap naik tahap ha bila tahap ke empat tak banyak yang kita boleh buat sometime tak boleh nak buat operation pun sebab keadaan pesakit yang sangat lemah dan juga ketumbuhan tu sudah besar dan sudah merebak jadi kalau kita buat operation lagi membahayakan,”

Katanya pesakit yang menghidap kanser payudara akan hilang selera makan malah turut mengalami penurunan berat badan secara mendadak.

Menurutnya, golongan berisiko menghidap penyakit itu adalah mereka yang berusia antara 40 hingga 50 tahun.

Selain itu, populasi keluarga yang mempunyai sejarah penyakit ini juga berisiko untuk menghidap kepada warisnya.

Sementara itu, ketua jururawat klinik nuklear onkologi dan radioterapi, ariza hassan, berkata pesakit kanser payudara akan memulakan rawatan kemoterapi yang dilakukan sebanyak enam hingga lapan kali mengikut tahap kanser payudara itu.

Manakala radioterapi adalah proses memancarkan sinaran pada kanser sebanyak 15 kali bagi mematikan sel-sel kanser di kawasan yang terlibat.

“Tanda paling awal ketika kanser payudara merebak adalah terdapat ketulan di sekitar payudara. Sebaiknya apabila anda mendapati ketulan terus berjumpa doktor. Jika saiz payudara berbeza mungkin itu tanda awal kanser payudara. Periksa payudara anda sekarang. Athirah azman imedikel tv.”

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here