Home Luar Negara TRUMP BATAL PERJALANAN WAKIL KE PAKISTAN UNTUK RUNDINGAN DAMAI DENGAN IRAN

TRUMP BATAL PERJALANAN WAKIL KE PAKISTAN UNTUK RUNDINGAN DAMAI DENGAN IRAN

30
0

WASHINGTON: Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan lawatan wakilnya ke Pakistan bagi rundingan damai bersama Iran pada Sabtu, dengan berkata ‘tiada gunanya duduk berbincang tentang apa-apa’ sambil menegaskan perang tidak akan disambung serta-merta.

Trump berkata, beliau membatalkan lawatan itu selepas tidak berpuas hati dengan pendirian Tehran, dan memaklumkan cadangan yang disemak semula diterima dalam masa 10 minit selepas keputusan itu.

Rumah Putih sebelum ini menyatakan, wakil Trump, Jared Kushner dan Steve Witkoff menuju ke Pakistan untuk rundingan dengan Iran ke arah satu perjanjian, namun Trump memaklumkan perjalanan itu dibatalkan.

“Kami mempunyai semua kelebihan. Mereka boleh menghubungi kami bila-bila masa, tetapi kami tidak akan lagi membuat penerbangan selama 18 jam hanya untuk duduk berbincang tentang tiada apa-apa,” katanya.

Ditanya sama ada pembatalan itu bermaksud kembalinya permusuhan, Trump berkata, perkara itu tidak bermakna demikian dan belum difikirkan.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi sebelum itu menamatkan lawatan ke Islamabad selepas bertemu ketua tentera Pakistan, Asim Munir, Perdana Menteri Shehbaz Sharif dan Menteri Luar, Ishaq Dar.

Iran memaklumkan, Araghchi berlepas ke Muscat dan akan kembali ke Pakistan selepas pertemuan di Oman, sebelum ke Rusia bagi rundingan menamatkan perang yang dilancarkan oleh AS dan Israel pada 28 Februari.

Bagaimanapun, Araghchi menyifatkan, lawatan ke Pakistan sebagai sangat membuahkan hasil, namun masih belum melihat sama ada AS benar-benar serius mengenai diplomasi.

Prospek rundingan kekal tidak menentu apabila Iran tidak merancang bertemu pegawai AS dan Islamabad bertindak sebagai saluran cadangan.

Tekanan menamatkan perang meningkat apabila Selat Hormuz kekal ditutup, namun Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran menegaskan tidak akan menarik balik sekatan berkenaan.

AS mengenakan sekatan ke atas pelabuhan Iran dan Tehran memberi amaran tindakan itu akan menerima tindak balas.

Di Lubnan, Israel melancarkan serangan ke atas Hizbullah selepas menuduh kumpulan itu melanggar gencatan senjata dengan enam maut dilaporkan di selatan negara itu. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here