Home Sukan BWF SAHKAN SISTEM 15 MATA BERMULA 2027

BWF SAHKAN SISTEM 15 MATA BERMULA 2027

25
0

HORSENS: Memetik laporan REUTERS menerusi Harian Metro sukan badminton akan beralih kepada sistem pemarkahan 15 mata bermula Januari 2027 selepas ahli Badminton World Federation (BWF) mengundi untuk menerima format baharu itu pada mesyuarat agung tahunan badan dunia berkenaan di Horsens, Denmark.

Di bawah sistem baharu 3×15, pemain hanya memerlukan 15 mata untuk memenangi satu set, dengan pemenang dua set akan memenangi perlawanan. Sistem semasa 3×21 yang diperkenalkan BWF pada 2006 memerlukan pemain mencapai sekurang-kurangnya 21 mata untuk memenangi satu set.

Cadangan sistem baharu itu diluluskan dengan majoriti dua pertiga undian, menurut kenyataan BWF.

Presiden BWF, Khunying Patama Leeswadtrakul berkata perubahan itu adalah usaha membina sukan yang lebih relevan dengan generasi baharu, selain terus memberi tumpuan kepada masa depan pemain.

“Kami sedar perubahan boleh menimbulkan kebimbangan, terutama dalam sukan yang mempunyai tradisi kuat. Namun, keputusan ini tidak mengubah asas badminton.

“Kemahiran, taktikal, tuntutan fizikal dan mental serta drama dalam sukan ini akan kekal,” katanya. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here