Home Sukan BOLA SEPAK EMPAT PENJURU HIMPUNKAN PENGLIBATAN MASYARAKAT DI TERENGGANU

BOLA SEPAK EMPAT PENJURU HIMPUNKAN PENGLIBATAN MASYARAKAT DI TERENGGANU

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

TERENGGANU: Program Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Empat Penjuru Jemputan yang berlangsung di Mini Stadium Sungai Tarom, Setiu, di sini, pada Sabtu lalu menjadi platform penglibatan masyarakat setempat melalui aktiviti sukan dan sokongan inisiatif tempatan.

Pengasas Liuremas Pro Empire, Zulkifli Che Mohammad berkata, penglibatan pihaknya sebagai antara penaja dalam program berkenaan adalah sebahagian daripada usaha menyokong aktiviti sukan komuniti, khususnya bola sepak, selain membantu penganjuran program kemasyarakatan.

Beliau berkata, penganjuran aktiviti sukan seperti itu memberi ruang kepada pelbagai pihak untuk bersama-sama menyumbang dalam pembangunan sukan akar umbi secara berperingkat.

Menurutnya, pengeluaran produk tajaan dilakukan secara berperingkat sejak diperkenalkan dengan peningkatan jumlah bagi memenuhi permintaan sedia ada.

Tambahnya, permintaan terhadap produk itu menunjukkan peningkatan apabila pihaknya kini mengeluarkan lebih 500 botol sebulan berbanding peringkat awal pengenalan produk.

“Produk ini dipasarkan bagi membantu pembangunan dalam bidang bola sepak, selain dapat menaja satu-satu pertandingan sukan ini.

“Syarikat memilih bagi melancarkan pada ketika pertandingan ini kerana ia sinonim dengan permainan sukan bola sepak bagi mengekalkan stamina pemain ketika beraksi di padang,” katanya.

Abdullah berkata, penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dan gaya hidup aktif memberi kesan positif terhadap tahap keselesaan fizikal seseorang, khususnya apabila diamalkan secara konsisten sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Majlis perasmian berkenaan disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Abdullah Ibrahim dan dihadiri 500 pemain serta penonton.

Katanya antara agensi terlibat dalam perlawanan empat penjuru itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Setiu, Jabatan Kesihatan Daerah Setiu dan Majlis Daerah Setiu.

Dalam program sama, pasukan Media Kelate FC muncul juara perlawanan persahabatan bola sepak empat penjuru jemputan dan membawa pulang piala serta hadiah wang tunai RM1,000.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here