Home Luar Negara 13 TERMASUK KANAK-KANAK TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL DI GAZA

13 TERMASUK KANAK-KANAK TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL DI GAZA

44
0

GAZA CITY: Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam beberapa siri serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza, semalam.

Menurut agensi pertahanan awam Gaza, serangan ke atas sebuah kenderaan polis di kawasan Al-Mawasi, Khan Yunis, mengorbankan lapan orang termasuk seorang kanak-kanak, selain mencederakan beberapa yang lain.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza, dua daripada mangsa yang terbunuh ialah anggota polis.Dalam kejadian berasingan di Beit Lahia, utara Gaza, tiga orang termasuk seorang wanita dan dua anaknya terbunuh, apabila meriam Israel mengenai kawasan kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan.

Serangan ketiga di bandar Gaza pula, menyasarkan satu lagi rondaan polis, menyebabkan dua kematian dan dua kecederaan.

Kementerian Dalam Negeri Gaza turut mengesahkan dua lagi mangsa dalam insiden itu adalah anggota polis.

Walaupun gencatan senjata sejak Oktober, keganasan masih berterusan di Gaza apabila serangan Israel masih berlaku, manakala tentera Israel dan Hamas saling menuduh melanggar gencatan senjata terbabit.

Di Hospital Al-Shifa, seorang lelaki yang kehilangan ahli keluarga berkata kepada AFP bahawa perang tidak pernah berhenti dan tidak adil kepada mereka.Beberapa hospital utama di Gaza, termasuk Al-Shifa dan Nasser mengesahkan angka korban itu dan menyiarkan senarai nama 12 daripada 13 mangsa.

Identiti seorang mangsa dikenal pasti sebagai kanak-kanak berusia 12 tahun belum dapat disahkan.Di Hospital Al-Shifa, wartawan AFP melihat ahli keluarga menangisi jenazah mangsa, dengan sekurang-kurangnya tiga mayat dibawa keluar dari bilik mayat.

Di Khan Yunis, puluhan orang dilihat berkumpul di sekitar sebuah kereta yang terbakar di kawasan kem pelarian.

Hamas mengecam serangan itu sebagai “serangan Zionis yang kejam” dan mengkritik kegagalan masyarakat antarabangsa menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here