Home Luar Negara MYANMAR TAHAN 150 ETNIK ROHINGYA CUBA LARIKAN DIRI

MYANMAR TAHAN 150 ETNIK ROHINGYA CUBA LARIKAN DIRI

167
0

YANGON: Tentera melancarkan tindakan keras ke atas rohingya pada 2017, dan beribu-ribu kini mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun untuk melarikan diri.

Kebanyakannya nekad melakukan perjalanan berbahaya dari kem pelarian di bangladesh dan myanmar untuk sampai ke malaysia atau indonesia yang majoriti penduduknya beragama islam.

127 lelaki rohingya dan 18 wanita itu ditahan berhampiran perkampungan waekhami di selatan negeri mon.

“Mereka telah ditahan dan kini disiasat mengikut undang-undang imigresen,” kata Aung Myat Kyaw Sein, jurucakap Majlis Pentadbiran Negeri Mon.

Myanmar berdepan tuduhan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan tindakan keras pada 2017, yang menyebabkan ratusan ribu orang melarikan diri ke Bangladesh.

Minggu lalu, sebuah bot yang membawa kira-kira 50 orang rohingya karam di luar pantai Myanmar dan menemui 17 mayat, tetapi selebihnya masih hilang.

Bangladesh dan Myanmar sudah membincangkan usaha untuk memulakan penghantaran pulang pelarian Rohingya, walaupun seorang utusan kanan Amerika Syarikat (AS) berkata bulan lalu bahawa keadaan tidak selamat untuk mereka kembali.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak kerajaan awam Aung San Suu Kyi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada Februari 2021, menamatkan tempoh demokrasinya yang singkat.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here