Home Buletin Semasa JIHAD KECIL PENIAGA, BOIKOT BARANGAN JENAMA ISRAEL

JIHAD KECIL PENIAGA, BOIKOT BARANGAN JENAMA ISRAEL

215
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

PASIR MAS: Pelbagai cara dan usaha tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin.

Baru-baru ini tular berkaitan notis yang ditampal di sebuah kedai makan menyatakan peniaga mula memboikot barangan keluaran Israel.

Peniaga kedai makan tidak lagi menyediakan makanan dan minuman jenama berkaitan dengan Israel sebagai tanda jihad kecil dan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

Imedikel TV berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual seorang pemilik kedai makan bagi mengulas isu tersebut di sini, baru-baru ini.

Tindakan peniaga kedai makan tekad berjihad walau sekecil jihad demi menyokong rakyat Palestin dilihat semakin meluas.

Segelintir mereka berani mengambil risiko menghentikan penjualan dan pembelian produk minuman popular yang menguntungkan perniagaan israel di premis mereka serta merta.

Menurut Zaleha Ariffin, 37, kedainya tidak lagi menyediakan makanan dan minuman produk keluaran Israel sejak seminggu lalu.

“Mula-mula tu rasa macam was-was juga sebab menu ni kan pilihan ramai jadi kami pun berbincang dengan staf rasa macam cuba la kita cuba sebab kita pun tak ada jalan lain untuk membantu kan kita cuba untuk sebagai jihad kecil kita.

“Kita tawakkal la, allah permudah belaka tu pun tak sangka la kadang-kadang orang pula tanya pakai lagi ke maggi guna lagi ke milo jadi macam semangat la untuk teruskan boikot ni,” katanya.

Katanya, meskipun barangan seperti milo dan nescafe sudah sebati dalam masyarakat Malaysia, dia tetap bertekad untuk tidak lagi menjual barangan itu sebagai tanda simpati buat bumi Palestin.

Jelasnya, kekejaman zionis terhadap umat Islam memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

“Saya rasa saya perlu boikot produk daripada Israel ni terutama milo dan nescafe, milo dan nescafe ini adalah makanan utama pilihan ramai di sini tapi saya rasa terpanggil untuk memboikot barangan Israel ini kerana rasa kemanusiaan. Kita tengok kekejaman zionis kepada umat islam di palestin,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di premisnya di My Family Seafood, di sini, baru-baru ini.

Zaleha berkata, barangan jenama Israel diganti kepada barangan tempatan.

Katanya penukaran barangan itu mendapat penerimaan yang baik serta sokongan luar biasa daripada pelanggannya.

“Kita dah tukar maggi kepada mamee, oreo kepada cream o nescafe pula kepada indo café. Milo pula kita cuba tukar kepada vico alhamdulillah setakat ini daripada customer tu macam sama-sama sokong.

“Macam milo kepada vico tu modal pun sama juga, kita ambil pilihan macam lebih kurang la tak nak bagi lari rasa milo dengan vico pun daripada customer juga kita tanya customer juga,” katanya.

Tambahnya, dia akan menghentikan perkhidmatan penghantaran seperti Grab Food sekiranya industri itu berada di bawah keluaran Israel.

Zaleha berharap, dengan jihad dan sokongan yang dilakukan itu, umat Islam di Palestin terus kuat menghadapi ujian itu.

Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Noza, berkata dia memberi sokongan penuh terhadap tindakan pemilik premis yang berani memboikot barangan jenama Israel.

Jelasnya, bagi mereka di luar sana, perkara itu agar sukar untuk diterima kerana ramai yang gemar akan minuman nescafe atau milo.

Namun, kata Noza, mereka perlu menukar citarasa minuman itu kepada produk tempatan tetapi ia juga bergantung kepada diri mereka sendiri.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here