Home Sukan LUIS DIAZ BALIK JUMPA BAPA

LUIS DIAZ BALIK JUMPA BAPA

170
0

BARRANCAS, Colombia: Penyerang Liverpool, Luis Diaz bertemu bapanya dalam suasana pilu semalam, kali pertama sejak Luis Manuel Diaz dibebaskan minggu lalu selepas penculikan selama 12 hari oleh kumpulan gerila ELN Colombia.

Diaz kembali ke Colombia untuk menyertai pasukan kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Dunia menentang Brazil pagi Jumaat ini di bandar pelabuhan Barranquilla, yang mana pertemuan dengan bapanya diatur.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kedua-duanya berpelukan dalam tangisan, menurut imej yang diedarkan oleh Persekutuan Bolasepak Colombia (FCF).

Luis Manuel Diaz, 56, memakai kemeja-T berwarna hitam yang tertulis: “Tiada lagi penculikan.”

“Selepas 12 hari diculik, ini adalah pertemuan pertama pemain itu dengan bapanya dan seluruh ahli keluarga, yang bersedih dan bimbang,” kata FCF dalam laman sesawangnya dengan gambar dua lelaki itu dan anak perempuan Diaz berada di atas lutut datuknya.

Penyerang Colombia, Luis Diaz (kiri) bersama bapanya Luis Manuel Diaz (tengah) ketika dipertemukan di Barranquilla, Colombia lewat malam tadi. – Foto AFP

Luis Manuel Diaz dan isterinya Cilenis Marulanda diculik lelaki bersenjata dan bermotosikal di sebuah stesen minyak di kampung halaman mereka, Barrancas berdekatan sempadan Venezuela pada 28 Oktober lalu.

Marulanda diselamatkan beberapa jam kemudian dan operasi pencarian secara besar-besaran di darat dan udara dilancarkan untuk menjejaki suaminya.

ELN, yang berunding dengan kerajaan untuk mencari jalan perdamaian dan mengadakan gencatan senjata enam bulan sejak Ogos lalu, menganggap penculikan oleh salah satu unitnya sebagai satu “kesilapan.”

Khamis lalu, selepas beberapa hari berunding, kumpulan pemberontak itu menyerahkan Diaz kepada petugas kemanusiaan di kawasan pergunungan berdekatan sempadan.

Luis Manuel Diaz adalah pengasas dan jurulatih amatur satu-satunya akademi bola sepak di Barrancas, yang mana anak lelakinya memperagakan bakat sejak kecil. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here