KOTA BHARU: Walaupun sudah berada di abad ke-21, isu tandas masih lagi berterusan seolah-olah tiada penamatnya.
Di sekolah, perdana menteri juga mengingatkan supaya murid-murid tidak mengambil mudah isu kebersihan dan keselesaan tandas.
Tengku mahanu tengku ahmad, 62, dari kubang pasu ketika ditemuibersetuju terhadap saranan tersebut.
Katanya, ia memberi berpeluang untuk mengajar murid-murid tentang tanggungjawab dalam menjaga kebersihan.

“kita nak latih budak budak tu aa untuk aa apatu aa buat kerja kerja macam tu haa tanggungjawab la lagipun kat rumah pun dia buat juga kan aa jadi kita latih dia daripada sekolah”
Tengku mahanu yang merupakan ibu kepada 3 orang anak berkata dia menerapkan kebersihan dalam diri anak-anaknya seawal usia kecil lagi.
Menurutnya, saranan ini akan memberi keselesaan sepanjang masa, sekaligus terhindar daripada penyakit.
Wan mohd agos wan md zain, 45, dari kota bharu juga bersetuju dengan saranan tersebut.

“Boleh didik budak ini disiplin sebenarnya jadi tiada kata kerenah tu benda menyusahkan sebenarnya jadi ok lah.”
Mohd agos berkata bukan sahaja orang dewasa perlu membersihkan tandas malah pelajar juga perlu terdedah dengan aktivti itu.
Tambahnya, pihak sekolah perlu membenarkan pelajar untuk memakai pakaian sukan ketika membersihkan tandas.
Hal ini mengelakkan daripada baju terkena najis dan menyebabkan ketidakselesaan bagi pelajar untuk menimba ilmu.
Bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa tidak mengizinkan anak mereka membersihkan tandas di sekolah.
Noorhan ab kadir, 45, dari kota bharu menyatakan bahawa saranan itu kurang bagus kerana mungkin membebankan pelajar terutama anaknya.

“Sebab kita hantar anak ke sekolah tu untuk beri didikan apa untuk belajar memang saya tak setuju la.”
Katanya, pihak sekolah tidak sepatutnya menyuruh pelajar untuk membersihkan tandas kerana ia bukanlah tugas pelajar.
Jelasnya lagi, aktiviti itu adalah tugas seorang pencuci tandas.
“Kalau bersih tandas tu kak tak ajar lagi la dia.”
Katanya, dia sama sekali tidak menyuruh anaknya melakukan kerja sebegitu sebaliknya hanya menyuruh anaknya mengemas rumah sahaja.
Noorhan berkata pelajaran anaknya mungkin akan terganggu jika terus melakukan aktiviti itu kerana boleh menyebabkan kekotoran pada baju.
Sebelum ini, perdana menteri dalam kenyataan di media berkata arahan tersebut bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang kebersihan serta menghormati orang lain termasuk pencuci tandas.
Beliau berkata, secara tidak langsung murid-muris terbabit memahami serta menghargai kerja rumah yang dilakukan ibu mereka termasuk mencuci tandas
Imedikel TV






