Home Buletin Semasa PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT, KENDERAAN TERBAKAR DALAM NAHAS DI KOK LANAS

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT, KENDERAAN TERBAKAR DALAM NAHAS DI KOK LANAS

1008
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah @ IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta sebelum kenderaan itu terbakar dalam kejadian di Petron Kok Lanas, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.48 pagi itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima panggilan kecemasan memaklumkan berlaku kemalangan jalan raya di lokasi berkenaan.

Menurut Komander Operasi, PB Noor Azhar Mohamed Yusoff, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Honda.

“Perlanggaran itu menyebabkan motosikal terbakar dan seorang lelaki yang juga penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi membabitkan lima anggota dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah unit Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Turut berada di lokasi adalah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here