Home Hiburan NABILA HUDA SERONOK RAYA BERSAMA MENTUA DI SINGAPURA

NABILA HUDA SERONOK RAYA BERSAMA MENTUA DI SINGAPURA

220
0

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya tahun ini membawa senyuman tersendiri buat pelakon Nabila Huda apabila berpeluang meraikannya di kampung halaman keluarga mentua di Singapura.

Memetik laporan Berita Harian, bagi Nabila, pengalaman itu bukan sekadar beraya, tetapi detik untuk menikmati suasana santai dan meriah bersama insan tersayang.

Nabila berkata, sikap mesra dan keterbukaan ibu mentuanya menjadikan sambutan lebih menyeronokkan.

“Raya di Singapura memang meriah. Famili ibu mentua saya semua di sana dan saya sangat suka beraya di sana. Keluarga suami besar, keluarga saya kecil, jadi suasananya lebih hangat.

“Yang paling seronok, dengan ibu mentua saya, saya tak perlu bangun seawal 6.30 pagi. Kami boleh bangun ikut suka hati. Dia bukan jenis menjerit pagi-pagi untuk bersiap,” katanya kepada BH Online.

Tambah Nabila, hidangan istimewa seperti sambal goreng pengantin disediakan oleh ibu mentua manakala suaminya pula masak rendang paru dan rendang daging.

“Saya pandai masak lodeh saja, tapi Hari Raya saya cuti masak. Kalau saya mengantuk, saya boleh tidur, tiada siapa marah atau nak judge. Bila beraya di sana, senang hati sebab tiada siapa nak marah,” katanya.

Berbeza pula dengan kampung neneknya, Nabila berkata suasananya lebih teratur dan memerlukan persiapan awal.

“Kalau di kampung nenek saya, jam 6.30 pagi dah kena bangun. Sebelum orang pergi solat subuh, kita kena sediakan makanan. Berbeza dengan Singapura, kami keluar beraya pun jam 1 atau 2 petang,” ujarnya.

Nabila mengakui tidak terlalu mementingkan persiapan awal atau penampilan sedondon.

“Setiap tahun saya buat persiapan saat akhir. Bagi saya, yang paling penting pada Hari Raya adalah ‘bonding’ dengan keluarga. Gambar boleh ambil saja, tak perlu sedondon,” katanya.

Walaupun anaknya, Keisha, beraya dengan bapanya tahun ini, Nabila tetap memastikan anaknya menerima duit raya.

“Keluarga semua akan bagi untuk Keisha, jadi saya balik bawa balik dolar Singapura untuk dia,” katanya.

Bagaimanapun sebelum ke Singapura, Nabila berkongsi dia menyambut Syawal pertama bersama ibunya Faridah Fadzil yang juga bekas isteri bapanya, Datuk Amy Search, di sini.

Dalam perkembangan lain, Nabila bakal muncul dalam filem Gayong 2 yang akan ditayangkan di pawagam pada 9 April depan. Filem ini sekuel kepada Gayong tahun lalu dan mengisahkan tentang mahaguru silat gayong negara, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), yang dipersembahkan selepas Perang Dunia Kedua.

Filem ini turut dibintangi oleh Beto Kusyairy, Syafie Naswip dan ramai lagi, selepas filem pertama meraih kutipan pecah panggung melebihi RM5 juta. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here