Home Buletin Semasa COCONUT SHAKE JADI PILIHAN DI MUSIM PANAS

COCONUT SHAKE JADI PILIHAN DI MUSIM PANAS

254
0

KOTA BHARU: Gerai coconut shake dan air balang di pasar siti khadijah menjadi tumpuan warga kelantan di sekitar kota bharu.

Peniaga coconut shake, abdul aziz ismail, 32, berkata keistimewaan coconut shake di sini membawa satu kelainan yang menarik hati pelanggan untuk mencuba tidak kira daripada masyakarat setempat mahupun dari negeri luar.

Alhamdulillah lah buat masa loni ni ada sambutan la sebab cuaca panas gapo kea kalu maso huje tu mungkin kure la sikit haa kalu mace kalu hari biasa tu pun ok jugok tapi sebab cuaca ni sambutan tu lebih la sikit.

Rezeki buat abdul aziz kini semakin meluas setelah ramai orang kini berkunjung di gerainya.

Cuaca panas yang teruk menyebabkan orang ramai kehausan dan memerlukan air yang lebih banyak apabila berada di luar rumah.

“Menu utama coconut shake ni saya buat tak sama macam oghe lain buat, macam oghe lain buat biasa original dia tak blend dengan air batu saya buat ni blend dengan air batu.”

Katanya, coconut shake yang dijualnya akan dikisar supaya tahan sejuk dengan lebih lama berbanding dicampur ais batu di dalamnya.

Dia juga ingin menjadikan jualan minumannya lebih istimewa antara yang lain.

Tambahnya lagi, coconut shake merupakan minuman utama di gerainya.

“Kalu hari biasa 30 kalu mace hari kalu panas ni dale 40 50 butirr gitu la.”

Abdul aziz berkata dia perlu mengambil lebih bekalan kelapa berbanding hari biasa.

Permintaan ramai terhadap air coconut shake memerlukan kelapa yang mencukupi supaya airnya menjadi lebih pekat dan dapat memuaskan hati pelanggannya.

“Paling kure dale dibandingkan hari biasa dale hari panas pun kade kade ado jugok ore xminum air nyo minum air lain haa gitu la.”

Katanya selain coconut shake dia juga menyediakan air yang berasaskan buah-buahan.

Menurutnya, untung dalam sehari sangat memuaskan hatinya kerana memperoleh pendapatan sebanyak rm300 ke atas pada musim ini.

Gerainya dibuka setiap ahad hingga khamis bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here