Home Sukan ENGLAND RESAH GUEHI CEDERA, RICE DISERANG VIRUS

ENGLAND RESAH GUEHI CEDERA, RICE DISERANG VIRUS

23
0

MIAMI: England menerima tamparan menjelang aksi suku akhir Piala Dunia menentang Norway apabila pertahanan utama, Marc Guehi, mengalami kecederaan hamstring dan diragui dapat diturunkan.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Mexico pada pusingan 16 terbaik, skuad kendalian Thomas Tuchel kini bersiap sedia menghadapi Norway yang diketuai penyerang berbisa, Erling Haaland, di Stadium Hard Rock, pagi Ahad ini.

Menurut laporan media, Guehi mengalami ketegangan otot hamstring dan akan menjalani penilaian terakhir sebelum perlawanan. Jika gagal menyertai latihan penuh, peluangnya untuk beraksi dijangka tipis.

Sekiranya Guehi tidak sempat pulih, John Stones, Dan Burn atau Nathaniel Chalobah berkemungkinan bergandingan dengan Ezri Konsa di benteng pertahanan England.

England turut dibelenggu kebimbangan apabila pemain tengah, Declan Rice, terlepas dua hari latihan akibat jangkitan virus selepas sebelum ini turut bergelut dengan kecederaan hamstring dan masalah bahagian bawah belakang badan.

Bagaimanapun, perkembangan positif menyaksikan Reece James kembali menjalani latihan penuh dan berpeluang diturunkan selepas pulih daripada kecederaan hamstring.

England turut kehilangan khidmat Jarell Quansah yang digantung dua perlawanan oleh FIFA selepas dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Mexico, sekali gus menyebabkannya terlepas perlawanan suku akhir dan separuh akhir sekiranya England mara.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here