Home Hiburan HUBUNGAN ABBY ABADI, MARISSA DANIA BAIK-BAIK SAHAJA

HUBUNGAN ABBY ABADI, MARISSA DANIA BAIK-BAIK SAHAJA

21
0

KUALA LUMPUR: Usahawan dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan bahawa hubungannya dengan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, 21, berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang pergaduhan yang berlaku antara mereka.

Memetik laporan Harian Metro, menurutnya, luahan yang dikongsikannya sebelum ini bukanlah ditujukan kepada Marissa, sebaliknya ditujukan buat pihak-pihak tertentu.

“Saya tak gaduh pun dengan anak saya. Saya tuju hari itu untuk mereka, bukan untuk Marissa. Kalau baca betul-betul mesti faham,” tulisnya di Threads.

Dalam hantaran terbaharu Abby di Threads, semalam, Abby turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh dirinya kembali berbaik dengan anak perempuannya itu apabila dia menerima hadiah daripada Marissa.

Menerusi hantaran itu, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 49, memuat naik sebuah video yang memaparkan Marissa menghadiahkan sebuah gelang emas kepadanya. 

“Terima kasih adik. Tangan adik dah penuh dah sebab adik magnet rezeki, rezeki adik selalu murah. Kali ini Marissa Dania lalukan dekat Mama dia pula. Terima kasih sayang.

“Ada yang buat cerita kata sebab dapat emas saya berbaik.Taklah. Janganlah asal boleh je buat cerita. Kata dramalah, burukkan anaklah. Saya tulis trauma itu sebab dah lama simpan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Abby turut menitipkan pesanan kepada Marissa, yang telah melalui pelbagai ujian hidup pada usia yang masih muda agar sentiasa belajar daripada pengalaman lalu.

“Muda-muda lagi adik dah lalui pengalaman-pengalaman yang mendewasakan. Belajar dari pengalaman. Api dalam sekam itu jangan percaya lagi tau,” tulisnya lagi.

Anggota kumpulan Elite itu turut menegaskan autoritinya sebagai ibu kandung dengan menyatakan bahawa nama kesemua anak-anaknya adalah dipilih oleh dirinya sendiri tanpa sebarang campur tangan orang luar.

“Dan adik kena tahu, nama adik, nama anak-anak lain semua mama yang pilih. Mama seorang ya, tiada campur tangan orang lain. Sebab apa? Sebab mama memang ‘power’,” kongsinya lagi.

Dalam hantaran itu, dilihat Abby bersama Marissa meluangkan masa bersama-sama di sebuah restoran sambil ditemani Azza Elite.

Terdahulu, Abby menjadi perhatian ramai selepas berkongsi hantaran ucapan selamat hari jadi ke-21 buat Marissa di media sosialnya.

Selain itu, Abby turut difahamkan tidak hadir ke majlis sambutan hari jadi Marissa yang diraikannya secara meriah bersama bapanya, Norman Hakim, 50 dan ibu tiri, Memey Suhaiza.

Bermula dari situ, hubungan Abby dan Marissa kembali menjadi perhatian selepas dia didapati memuat naik beberapa hantaran luahannya berkaitan kemelut keluarga.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here