Home Luar Negara AS UMUM SERANGAN ‘BESAR-BESARAN’ TERHADAP DAESH DI SYRIA

AS UMUM SERANGAN ‘BESAR-BESARAN’ TERHADAP DAESH DI SYRIA

209
0

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan pasukan bersekutu menjalankan serangan “besar-besaran” terhadap kumpulan Daesh di Syria pada Sabtu, kata tentera AS, dalam tindak balas terbaharu susulan serangan bulan lalu yang menyebabkan tiga rakyatnya terbunuh.

Memetik laporan AFp menerusi Harian Metro, Washington berkata, seorang lelaki bersenjata tunggal dari kumpulan militan itu melaksanakan serangan pada 13 Disember di Palmyra – rumah kepada runtuhan purba yang disenaraikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan pernah dikawal oleh pejuang jihad – dan membunuh dua tentera AS dan seorang penterjemah awam AS.

“Serangan hari ini menyasarkan Daesh di seluruh Syria” dan sebahagian daripada Operasi Hawkeye Strike, yang dilancarkan “sebagai tindak balas langsung terhadap serangan maut ISIS ke atas pasukan AS dan Syria di Palmyra,” kata Pemerintah Pusat AS dalam satu kenyataan di X, menggunakan akronim untuk kumpulan jihad berkenaan.

AS dan Jordan melaksanakan pusingan serangan sebelum ini sebagai sebahagian daripada operasi sama pada bulan lalu, yang mengenai berpuluh-puluh sasaran kumpulan Daesh.

Serangan Palmyra adalah insiden pertama seumpamanya sejak penggulingan pemimpin Syria, Bashar al-Assad pada Disember 2024.

Anggota AS yang menjadi sasaran dalam insiden itu terbabit dalam Operasi Inherent Resolve iaitu usaha antarabangsa untuk memerangi Daesh, yang merampas sebahagian besar wilayah Syria dan Iraq pada 2014.

Militan Daesh akhirnya dikalahkan oleh pasukan darat tempatan yang disokong oleh serangan udara antarabangsa dan sokongan lain, tetapi mereka masih mempunyai kehadiran di Syria, terutamanya di padang pasir negara yang luas.

Presiden AS Donald Trump lama ragu-ragu terhadap kehadiran Washington di Syria, pernah mengarahkan pengunduran tentera semasa penggal pertamanya tetapi kemudian mengekalkan tenteranya di negara itu.

Pentagon pada April mengumumkan bahawa AS akan mengurangkan separuh bilangan anggota AS di Syria pada bulan-bulan berikutnya, manakala utusan AS untuk Syria Tom Barrack pada Jun berkata, Washington akhirnya akan mengurangkan pangkalannya di negara itu kepada satu.-AFP, HMetro Online- 

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here