Home Buletin Semasa BULUH DURI UNTUK WAU SUKAR DIDAPATI

BULUH DURI UNTUK WAU SUKAR DIDAPATI

181
0

KOTA BHARU: Seni wau adalah seni budaya masyrakat cik siti wan kembang. Menghasilkan sebiji wau bukan mudah.

Ini kerana pemilihan buluh yang sesuai amat penting bagi pembuatan wau.

Buluh duri merupakan buluh yang diidamkan bagi pembuat wau sekaligus ia boleh mempertahankan kualiti wau.

Team Imedikel TV berkesempatan menemu bual seorang penyelia perbadanan muzium negeri kelantan, Kamal Nasron Abdullah di Institut Pendidikan Guru I-P-G, Pengakalan Chepa, di sini, baru-baru ini.

Menurut kamal, tidak dinafikan bahawa buluh duri adalah sukar diperoleh bagi pembuat wau oleh kerana duri yang penuh di sekelilingnya.

Jadi buluh duri sebenarnya susah sikit untuk kita dapat buluh duri jadi kita menggunakan buluh yang senang dapat bila kita panggil buluh dinding bahasa kampung dia kita panggil buluh cerma.

Kamal berkata pemilihan buluh yang sesuai dan bermutu tinggi amat penting bagi proses pembuatan wau untuk mengekalkan ketahanan wau.

Katanya, suatu ketika dahulu buluh yang digunakan akan diperasap di bawah unggun api supaya minyaknya keluar bagi mengekalkan ketahanannya iaitu selama 5 hingga 10 tahun.

Menurutnya, buluh duri antara buluh paling berkualiti dengan ketahanannya selama 20 tahun.

Memang buluh duri susah nak dapat sebab apa ni dia duri tu banyak jadi nak ambil tu susah buluh pun dah jadi harga dah mahal memang dah mahal maknanya untuk dapat satu batang buluh tu memang lama la,”

Menurutnya tanpa buluh, tidak akan menjadi sebiji wau kerana ia merupakan bahan asas dalam seni pembuatan wau.

Buluh yang susah untuk kita buat wau biasanya buluh yang muda memang susah untuk kita buat wau biasa kita ambik buluh yang matang, buluh matang ni adalah tua pun tidak muda pun tidak jadi biasa kita guna untuk buluh yang buat wau ni biasa bila kita apa ni sudah dibelah tu kita buat yang untuk jadi bilah biasa kita jemur dulu untuk keringkan dia,”

Kamal berkata buluh yang digunakan perlu dikeringkan untuk diraut bagi membuang bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit.

Terdapat beberapa buluh yang kebiasaan digunakan dalam pembuatan wau antaranya buluh betong, buluh minyak dan buluh merang.

“Yang ni memang dah dikhaskan untuk buluh, yang ni memang tradisional ataupun apa ni daripada tukang-tukang yang membua memang khas untuk buluh ni kita panggil pisau raut,”

Katanya pisau raut adalah satu alatan yang dikhaskan untuk meraut buluh.

Selain itu, pisau raut juga boleh digunakan untuk menyiapkan rotan dan ukiran halus lain.

Katanya, pisau ini mudah digunakan bagi meraut buluh untuk dijadikan sayap dan tulang belakang bagi wau kikik.

Kamal berkata dengan kemahiran dan kretiviti membuat wau, mereka yang mahir boleh menjana pendapatan dengan lumayan.

Walaubagaimanapun, generasi sekarang perlu diperkenalkan dengan seni wau kerana ia merupakan tradisi zaman berzaman.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here