Home Segmen Kesihatan KENCING MANIS JANGAN AMBIL MUDAH

KENCING MANIS JANGAN AMBIL MUDAH

181
0

KOTA BHARU: Masih ramai dalam kalangan masyarakat kita kurang cakna tentang penyakit kencing manis atau diabetis.

Jika penyakit itu diambil mudah, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Ikuti laporan wartawan I medikel TV, Nur Athirah Azman dan jurukamera Nurul Izzah Ahmad Norzaki dalam segmen kesihatan minggu ini, bersama pegawai farmasi Imedikel, Faiz Syahiran Muhamad baru-baru ini bagi mengulas lanjut mengenai kencing manis.

Faiz Syahiran Muhamad menjelaskan tentang terdapat dua jenis kencing manis iaitu jenis pertama dan jenis kedua Diabetes.

Menurut faiz, kencing mansi adalah keadaan apabila paras gula atau glukosa dalam darah lebih tinggi daripada paras normal.

Beliau berkata paras gula yang tinggi berpunca daripada kerintangan insulin atau resistensi insulin dalam badan.

Katanya, terdapat dua jenis kencing manis yang boleh menyerang individu yang berisiko.

“Ada dua jenis utama kencing manis type one dan type two diabetes type one diabetes sering dikaitkan dengan kanak-kanak tapi dia punya prevelance dia sangat low lah kalau yang lebih tinggi type two diabetes di mana 90 peratus daripada pesakit diabetes adalah type two diabetes biasa golongan tua ataupun golongan berusia golongan emas akan berisiko tinggi untuk dapat type two diabetes,”

Katanya kencing manis jenis satu selalunya membabitkan kegagalan organ pankreas untuk menghasilkan insulin.

Penyakit ini memerlukan rawatan suntikan insulin.

Kencing manis jenis dua pula, disebabkan oleh peningkatan rintangan insulin, menyebabkan wujudnya kekurangan insulin berkesan yang relatif dalam badan.

“Type one diabetes ia adalah satu auto imune desease di mana  sistem pertahanan tubuh pesakit itu sendiri telah menyerang sel-sel beta dekat pankreas lah yang menyebabkan beta sel tu menghasilkan insulin yang sedikit ataupun tak menghasilkan langsung lah takpun dia serang beta sel tu menyebabkan insulin dalam badan insulin dalam badan tidak dapat dihasilkan ataupun boleh dihasilkan dengan jumlah yang sangat sedikit lah so tak ada insulin dalam badan tak ada benda yang akan kawal paras gula dalam badan,”

“Untuk type two diabetes biasanya obesiti, gaya hidup, gaya pemakanan yang memainkan peranan yang penting lah dia punca dia adalah berat badan yang berlebihan punca pemakanan pengambilan gula ataupun makanan berminyak secara berlebihan la dan tidak akttif secara fizikal,”

Menurutnya, insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan berperanan penting mengawal paras gula dalam darah.

Katanya, jika terdapat ahli keluarga yang menghidap kencing manis jenis dua maka ia turut berisiko kepada warisnya. 

Katanya, kencing manis juga boleh dikesan dan dihidapi golongan muda yang berumur 40 tahun ke bawah.

“Punca dia adalah berat badan yang berlebihan punca pemakanan pengambilan gula ataupun makanan berminyak secara berlebihan la dan tidak akttif secara fizikal,”

“Faktor usia juga boleh jadi faktor semakin meningkat usia kita semakin cenderung untuk dapat type two diabetes sebab kebolehan beta sel itu sendiri pun berkurang atau pun kita punya badan diri sendiri dah develop kerintangan terhadap insulin,”

Menurutnya gejala kencing manis juga sering kali dipandang enteng oleh orang ramai sehingga ada dalam kalangan mereka tidak dapat mengawal paras gula dalam badan.

“Tanda-tanda kalau pesakit tu ada kencing manis biasanya dia akan kencing kerap, kencing kerap kencing malam lepas tu dia sentiasa rasa haus, haus pula haus yang berlebihan minum air 2 3 gelas pun tak hilang dahaga lepas tu dia akan rasa penat tubuh kepenatan apabila dia luka, luka tu susah nak sembuh tapi kalau untuk mengesahkan dia ada penyakit kencing manis atau diabetes ni perlu jumpa pegwai perubatan la ada beberapa ujian yang dia perlu lakukan seperti ujian gula dalam darah ketika berpuasa ujian toleransi glukos oral dan hba 1c lah.

Jelasnya jika individu mengalami gejala tersebut perlu segera mengambil inisiatif untuk memeriksa tahap kencing manis dengan segera.

Katanya, ia boleh menyebabkan individu itu tidak sedarkan diri kerana paras gula tidak terkawal jika tidak dicegah dan dirawat dari awal.

Faiz menasihatkan golongan kencing manis jenis dua supaya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari.

Tambahnya, penting untuk individu mengekalkan berat badan yang ideal dengan bmi 18.5 sehingga 25 bagi mengelak daripada menghidap penyakit kronik itu.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here