Home Buletin Semasa 3 BERADIK DITAHAN BABIT KES SAMUN BERSENJATA

3 BERADIK DITAHAN BABIT KES SAMUN BERSENJATA

144
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan tiga beradik selepas disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata menggunakan sebilah kapak dan pisau.

Menurut kenyataan media, dua daripada suspek berusia antara 19 hingga 36 tahun itu ditahan di tepi Jalan Kampung Sri Kulim, Melor, di sini, kira-kira jam 8.15 malam manakala seorang lagi suspek ditahan di hadapan sebuah kedai telefon bimbit, di Melor.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata ketiga-tiga suspek disyaki terbabit dalam tiga kejadian samun bersenjatakan kapak dan pisau di premis perniagaan telefon bimbit di daerah itu yang dilaporkan sejak 15 Julai hingga 17 Julai lalu.

“Bertindak atas maklumat dan risikan yang telah dilaksanakan, satu operasi bagi mengesan dan menangkap suspek yang dijalankan.

“Ketiga-tiga kejadian mempunyai Modus Operandi (MO) yang sama iaitu suspek telah masuk ke dalam kedai dengan bersenjatakan sebilah kapak dan pisau lalu mengacukan ke arah pekerja kedai dan mengambil wang tunai serta telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata hasil semakan semakan pihak polis, dua daripada suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

Menurutnya hasil ujian saringan awal ke atas air kencing ketiga-tiga suspek dapati dua daripada suspek tersebut positif dadah.

Turut dirampas daripada suspek ialah sebilah kapak, telefon bimbit dan topi keledar.

“Ketiga-tiga suspek kini di reman selama lima hari bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman penjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat,” katanya.

Menurut Mohd Rosdi, dengan tertangkapnya tiga beradik itu, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun berkumpulan di sekitar daerah ini. – Kenyataan Media PDRM –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here