Oleh: Muhammad Ariff Danial, Wartawan I Medikel TV
KOTA BHARU: Tan Sri Anuar Musa (TSAM) berbesar hati memberi sumbangan kepada pasukan bola sepak Padang Kala FC dan Padang Halban FC sempena liga Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kampung Kayu Besar, Padang Kala, Melor, di sini, petang semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) berkata sumbangan yang diberikan kepada pasukan berkenaan untuk memberi semangat kepada penduduk setempat dalam menyertai aktiviti sukan tersebut.

“Saya berharap dengan sumbangan yang diberikan ini dapat menyunting lagi semangat kepada anak muda khususnya di Kelantan agar dapat menanam sifat cintakan sukan terutamanya bola sepak yang amat disukai oleh anak muda sejak dari dulu lagi,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Beliau juga sempat meluangkan masa untuk menandatangani bendera pasukan Padang Kala FC yang direka khusus pengurusan Padang Kala FC.
Beliau berharap agar lebih ramai anak muda membabitkan diri dalam sukan bola sepak.

“Dengan cara ini kita dapat melahirkan lebih ramai pemain muda yang berbakat dari negeri kita,
“Saya berharap semoga pasukan Padang Kala FC ini dapat meraih kemenangan dalam kejohanan liga DUN (Melor) 2023 dan dapat pergi ke final lagi seperti tahun lepas 2022,” katanya.
Imedikel TV






