Home Buletin Semasa 4 LELAKI DITAHAN BERHUBUNG RAMPASAN DADAH PIL YABA DAN KETUM

4 LELAKI DITAHAN BERHUBUNG RAMPASAN DADAH PIL YABA DAN KETUM

160
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Empat lelaki ditahan masing-masing berumur lingkungan 20an dalam dua serbuan berasingan membabitkan dadah pil yaba dan ketum, di Ketereh, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) bersama pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah narkotik daerah Kota Bharu membuat dua serbuan tersebut.

Menurutnya, serbuan pertama di sebuah rumah di Jalan Tali Air Kampung But kira-kira jam 9.00 malam manakala serbuan kedua di sebuah madrasah tahfiz Batu 11, di sini, lebih kurang jam 9.15 malam.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah terbabit telah menjumpai 20 bungkusan plastik cerah berisi cecair ketum dengan anggaran berat 20 liter, 4 bungkusan plastik berwarna hitam dimana setiap satu bungkusan mengandungi bungkusan plastik cerah berisi daun kehijauan disyaki daun ketum dengan anggaran berat 40 kg Pemeriksaan lanjut turut menjumpai satu kotak rokok bertulis gudang garam didalamnya terdapat satu paket plastik cerah berisi 2 pil kemerahan disyaki pil yaba.

“Seterusnya dengan dipandu arah empat lelaki tersebut, pemeriksaan di dalam madrasah pula telah menjumpai 10 bungkusan plastik berwarna hitam dimana setiap satu bungkusan mengandungi bungkusan plastik cerah berisi daun kehijauan disyaki daun ketum dengan anggaran berat 100kg,” katanya dalam kenyataan.

Turut dirampas dua tong gas, satu periuk besar berisi air rebusan diisyaki air ketum dengan anggaran berat 10 liter dan satu unit dapur gas dalam serbuan pertama.

Hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada mereka negatif dan seorang positif Methamphetamine.

Salah seorang mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Perintah tahanan reman keatas empat tangkapan dibenarkan selama empat hari bermula 19/7/2023 sehingga 22/07/2023. – Kenyataan Media PDRM –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here