Home Hiburan MASIH DIRAWAT, AMIR RAJA LAWAK RAYU SOKONG BISNES AYAM GORENGNYA

MASIH DIRAWAT, AMIR RAJA LAWAK RAYU SOKONG BISNES AYAM GORENGNYA

Kuala Lumpur: Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak, 37, menitipkan ucapan terima kasih tidak terhingga atas doa buat dirinya yang menerima rawatan di hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Memetik laporan Harian Metro, Menerusi hantaran dimuat naik di semua platform media sosialnya, Amir turut memohon orang ramai terus menyokong perniagaan ayam goreng miliknya.

“Assalamualaikum.. Terima kasih yang mana mendoakan. Kepada yang mana ada di Kota Bharu, tolonglah singgah dan ‘support’ (sokong) kedai ayam goreng saya di Medan Selera Stadium Kota Bharu sebab kedai buka sahaja setiap hari.

“Kalau awak semua datang beli boleh ‘settle’ bayar gaji pekerja. Kedai tak boleh tutup, kalau kedai tutup gaji staff tak jalan. Kesian dekat staff nanti. Singgahlah beli ayam goreng.

“Kalau saya sihat bolehlah saya ‘promote’ buat live (siaran langsung). Terima kasih yang ambil berat, yang mendoakan dan jaga diri, jaga kesihatan semua,” tulisnya pada hantaran itu.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci keadaan terkini kesihatannya, namun menerusi kemas kini di semua platform media sosial itu, menunjukkan Amir berada dalam keadaan baik.

Difahamkan, adik Amir turut membuat perkongsian bagi menyalur maklumat keadaan abangnya yang masih dalam rawatan, namun semakin baik dan dipohon kembali pulih.

Amir sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bahru pada 11 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali memaklumkan, keadaan kesihatan Amir stabil dan tidak ditidurkan sebagaimana khabar angin yang tular di media sosial.

Pada ruangan komen di media sosial, rakan selebriti turut mendoakan Amir agar kuat semangat serta terharu dengan sikap prihatin ditunjukkan kepada pekerja serta sangat memikirkan kebajikan mereka terpelihara. – HMetro –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here