Home Sukan CHELSEA BURU BINTANG SENSASI JEPUN

CHELSEA BURU BINTANG SENSASI JEPUN

132
0

LONDON: Chelsea agak sibuk memikat beberapa pemain muda di seluruh dunia dan laporan tersebar di Jepun menyatakan mereka berminat terhadap goto yang mempunyai ketinggian 1.91 meter.

Pemain remaja itu patut beraksi bersama Skuad kebangsaan jepun pada piala dunia B20 di Argentina bulan lalu namun mengalami kecederaan sebelum kejohanan bermula.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang minat chelsea yang mengenal pasti Goto mempunyai keupayaan fizikal dan kemahiran yang membolehkannya beraksi di England atau di salah satu kelab gandingan mereka.

Goto meledak dua gol ketika penampilan sulungnya dalam pasukan utama pada Februari lalu dan mempunyai gaya seperti kapten England, Harry Kane yang lebih suka turun ke bawah sedikit sebelum menggunakan kepantasannya untuk berada dalam kedudukan terbaik menjaringkan gol.

Persembahan jepun pada piala dunia dan kejayaan pemain seperti Kaoru Mitoma di brighton membuka mata kelab eropah mengenai bakat dari negara matahari terbit itu dan pencari bakat Chelsea mengenal pasti Goto sebagai pemain yang perlu diikat.

Bulan lalu, Chelsea bersetuju mengikat pemain sayap Santos, Angelo Gabriel dengan harga £15 juta (RM89 juta) sebelum dipinjamkan ke perancis bersama Strasbourg.

Kelab Stamford Bridge itu dipercayai mengatasi kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dalam mendapatkan tandatangan pemain remaja sensasi itu.

Sumber: BH Online & Agensi

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here