KOTA BHARU: Penulisan serta tulisan jawi memainkan peranan penting di malaysia kerana ia medium untuk mengembangkan ilmu dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun, zaman berganti zaman sehingga pengaruh tulisan jawi semakin berkurangan lebih-lebih lagi pada abad ke -21.
Tulisan jawi di malaysia masih dipertahankan dan diajar kepada murid-murid peringkat sekolah dan juga sekolah agama namun ia kurang di dedahkan kepada awam.
Tulisan yang sangat sinonim dengan islam dan bangsa melayu itu terus diperjuangkan oleh mereka yang tidak mahu melihat lambang serta simbol penting itu lenyap ditelan zaman.
Baru-baru ini team Imedikel Tv menemu bual pengarah DBP Wilayah Timur, Ariza Che Ismail tentang penulisan jawi yang semakin di tinggalkan.
“Memang jawi sekarang ni menghadapi orang kata cabaran yang paling besar la kan dalam masa kini, walaubagaimanapun sebenarnya pemulihan mungkin lah pemuliharaan dan pemulihan tu sendiri sedang di laksanakan secara besar-besaran sebenarnya oleh dewan bahasa dan pustaka khusunya dan juga pihak-pihak yang berkesedaran.”
Ariza berkata, dewan bahasa pustaka sendiri turut mempunyai kaedah yang di laksanakan pembudayaan jawi jadi dengan adakan tiktok jawi.
Menurutnya DBP turut melaksanakan pertandingan memberi kesedaran orang ramai terutamanya generasi tiktok.
“Selain itu khursus-khursus bengkel-bengkel jawi pemantapan kita beri kepada guru-guru kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan bukan shaja memberi kesedaran tetapi menggunakan jawi dengan betul, sebab jawi yang betul sekarang ni di sekolah pun mengajar jawi yang di sempurnakan maknanya bukan jawi za’ba jawi dahulu tetapi jawi yang telah disempurnakan jadi menerusi dewan bahasa dan pustaka kita mengadakan bengkel-bengkel khursus pemantapan penggunaan jawi yang betullah.”
Selain itu juga dari sudut penguatkuasaan pula, DBP turut bekerjasama dengan pihak kuasa tempatan menerusi undang-undang kecil iklan untuk memartabatkan penulisan jawi pada papan tanda.
Katanya setakat ini hanya di Kelantan, Terengganu sudah mewajibkan penggunaan jawi pada papan tanda.

“Cuma isunya disini saya suka jelaskan isu jawi pada papan tanda aaa kami sedaya mungkin berusaha bekerjasama dengan pihak pbt supaya bukan sahaja mewajibkan penggunaan jawi tetapi juga kalau boleh menggunakan jawi yang betul misalnya menjawikan bahasa melayu tu sendiri sebab sebenarnya sifat jawi ni dia tak mesra bahasa asing dia mesra bahasa melayu,”katanya.
“Jadi pada papan tanda kalau mungkin satu ketika dulu kita tengok dekat Kelantan bagus semua ada jawi tetapi bila kita kaji salah ejaannya sebab kebanyakkannya kita jawikan bahasa asing contohnya nama perniagaan nama khaskan bahasa asing atau nama khas jadi cara kaedah menjawikan perkataan tersebut adalah melalui sistem bunyi jadi kadand-kadang saya membunyikan perkataan itu lain adik membunyikan lain pulak jadi akan lahir dua ejaan jawi yang berbeza.”
Menurut ariza pihak dbp telah mencadangkan supaya pbt dapat membantu dbp ni menguatkuasakan semula penulisan jawi dengan memasukkan dalam akta undang-undang kecil iklan.
Katantya jawikan bahasa melayu juga menjadi antara cadangan dbp.
“Contoh lah Imedikel Pharmacy kat atas tu yang dijawikan tu bukan Imedikel Pahrmacy tetapi syarikat kesihatan ke misalnya macam tu ataupun kalau kedai ubat yang kalau nama melayu tak ada masalah sangat tapi kalau namanya nama khas yang susah untuk disebut atau dengan menggunakan nama asing dia sukarkan contohnya kedai produk kesihatan haaa kta cadangkan begitu”
Ariza berkata dengan cadangan tersebut jawi akan terpelihara.
Katanya orang ramai boleh membuat satu rujukan berkaitan jawi menerusi kamus dewan yang dikeluarkan oleh dewan bahasa dan pustaka serta juga boleh dicapai melalui pusat rujukan persuratan bahasa melayu yang telah dikeluarkan oleh DBP.
Imedikel TV






