KOTA BHARU: Semakin ramai warga emas yang hidup lebih daripada 60 tahun.Penjagaan kesihatan warga emas perlu dititik beratkan agar mereka berada dalam keadaan selesa sepanjang masa.
Bersediakah kita?
Mesra homecare centre atau dikenali sebagai osmera menganggap perkhidmatan penjagaan warga emas adalah amanah daripada allah kepada mereka.
Pengasas Osmera, Mariam Marina Musa, 40, berkata usaha yang dilakukan pusat jagaan milik persendirian adalah satu inisiatif terpuji dan selaras dengan dasar mewujudkan budaya penyayang di negara ini.

“Mesra Homecare centre ni konsep nya adalah penjagaan, pemulihan dan perawatan bagi warga emas orang sakit orang tua orang kelainan upaya dan mereka yang memerlukan penempatan,” katanya.
Rumah jagaan warga emas sering dikaitkan dengan tempat orang tua yang diabaikan keluarga kerana tidak ada lagi yang sanggup menjaga mereka.
Namun tidak bagi mariam, yang berasal dari besut, mengasaskan mesra homecare centre sejak 2015.
Dia berkata tanggapan tersebut adalah kurang tepat kerana khidmat penjagaan yang dilaksanakan oleh pihaknya adalah khas buat mereka yang memerlukan.
“Keluarga kita ramai bekerja kalau ada anak pun anak bekerja samaada kerja di sekitar rumah ataupun kerja di luar tapi mereka ni terpaksa dijaga lah 24 jam terutamanya warga emas lah warga emas dan pesakit pesakit strok, pesakit pesakit saraf ni memerlukan penjagaan kerana ada yang ramai juga di mesra homecare centre ni pesakit terlantar iaitu kita kena bagi susu 4jam sekali kena buat tinghtening ke kiri ke kanan serta orang kata apa beri makan ubat tepat masa ke makan minum lah secara tetap,”katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Katanya ramai anak-anak mahu memastikan tahap kesihatan dan kebersihan orang tua mereka dijaga rapi oleh individu yang berpengetahuan.

Menurutnya, penjagaan warga emas adalah tidak semudah yang disangka kerana sudah tentu mereka mempunyai pelbagai karenah.
Mariam berkata penjagaan makan dan minum di pusat jagaannya adalah berasaskan katering sepanjang masa.
Hal ini kerana perlesenan jabatan kebajikan masyarakat (JKM) yang tidak membenarkan balang gas di tempat itu.
Tambahnya, waktu makan buat warga emas di osmera adalah sebanyak enam kali sehari.
“Perawatan tu kita fokuskan ada penghuni yang datang sini yang masalah sakit perlu kan perawatan samaada makan ubatnya bawa pergi temujanji hospitalnya dan pastikan apa yang dia boleh makan, apa yang dia tak boleh makan dan sebagainya. Faktor utama mereka mencari untuk penjagaanlah,”

Mariam berkata warga emas yang berada di bawah jagaanya lebih berdisiplin kerana diberikan perawatan yang secukupnya buat mereka.
Demi menghargai warga emas yang menetap di situ, pusat jagaan itu menyediakan pelbagai aktiviti mingguan dan bulanan yang menarik kepada mereka.
Bagi pesakit yang sihat mereka diberikan aktiviti menanam, bermain carron dan lain-lain.
Menurutnya, pesakit yang terlantar difokuskan terhadap pengisian rohani supaya sentiasa berada dalam keadaan positif.

” Pemulihan ni kalau bagi yang muslim tu kami menyediakan tenaga pengajar ustaz untuk memberi pengisian rohani yang kedua bagi pemulihan juga kita menyediakan fisioterapi datang buat fisio di centre iaitu mesra homecare centre cara berkala.”
Menurutnya pesakit strok juga disediakan rawatan fisioterapi sebanyak tiga kali dalam seminggu.
Tambahnya, sebanyak 35 pesakit yang kini berada di empat cawangan osmera di sekitar kota bharu.
Keseronokan mereka di tempat itu adalah sangat penting buat warga osmera untuk melihat mereka hidup dalam keadaan yang sihat.
Katanya, melihat air muka bahagia orang tua mereka adalah satu anugerah buat seorang anak.
Imedikel TV






