PHILADELPHIA: Kamala Harris dan Donald Trump bertemu pada Selasa untuk perdebatan pertama mereka – dan mungkin terakhir – yang disiarkan secara langsung di televisyen (bermula 9 pagi waktu Malaysia hari ini).
Debat ini disifatkan bepotensi menukar rentak perlumbaan pemilihan Presiden AS 2024 yang dijadualkan 5 November ini.
Naib presiden mewakili Demokrat, Harris dan bekas presiden di calonkan Republikan, Trump, memasuki Pusat Perlembagaan Kebangsaan di Philadelphia dan berjabat tangan, sesuatu yang mengejutkan hadirin, sebelum menuju ke podium mereka.
Pertembungan langsung di ABC News, ditonton oleh berpuluh juta pengundi, dijangka berlangsung sekitar 90 minit.
Dengan hanya berbaki 56 hari sebelum pilihan raya 5 November, kedua-dua calon menunjukkan sokongan hampir sama dalam kalangan pengundi, sekali gus membuatkan pemilihan kali ini antara pertandingan paling sengit dalam sejarah AS.
Debat ini adalah peluang utama untuk Harris memperkenalkan dirinya kepada lebih ramai pengundi selepas hanya memasuki perlumbaan kurang lapan minggu lalu, apabila Presiden Joe Biden yang berusia 81 tahun menarik diri.
Pesawat Trump, 78, digelar Trump Force One, mendarat sekitar dua jam sebelum perbahasan, manakala Harris, 59, tiba di bandar timur AS itu pada Isnin.
Tekanan boleh dikatakan lebih besar untuk Harris, wanita pertama AS, naib presiden kulit hitam berketurunan Asia, ketika beliau mengambil bahagian dalam debat presiden pertamanya.
Bekas bintang TV realiti Trump akan menyerang Harris dalam isu seperti ekonomi dan imigresen, tetapi mungkin juga mengeluarkan lebih banyak invektif perkauman dan seksis yang dia arahkan kepadanya semasa kempen.
Kedua-dua calon bersaing untuk dilihat sebagai memperjuangkan perubahan. – AFP, BH Online –
IMedikel TV






