Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV
KOTA BHARU: Seorang bayi lelaki yang berusia 30 hari maut selepas diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan di sebuah pusat jagaan berpantang di sini, pada 5.30 pagi, pada isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner (ACP) Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini kira-kira 8.24 pagi.
“Hasil siasatan, polis mendapati kejadian berlaku di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu.
“Mangsa telah dibawa ke salah sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Rosdi berkata berikutan itu suspek iaitu jururawat berusia lingkungan 20- an dan masih bujang telah ditahan pada 6 petang, semalam.
Beliau berkata, jururawat terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini untuk permohonan reman hari ini.
Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
IMedikel TV






