Home Buletin Semasa CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN MINYAK PETROL GAGAL

CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN MINYAK PETROL GAGAL

136
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan membanteras kegiatan penyelewengan barangan kawalan bersubsidi dalam Operasi Bersepadu di kawasan sempadan.

Operasi yang dijalankan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor pada pukul 11.45 pagi tadi bertempat di Kampung Simpangan, Cabang Empat, di sini.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa telah menjumpai sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang diletakkan di hadapan sebuah rumah.

Pemeriksaan lanjut mendapati tangki kenderaan tersebut telah diubah suai dan mengandungi anggaran 73 liter minyak petrol bernilai RM149.65.

Nilai keseluruhan sitaan, termasuk kenderaan yang berdaftar secara tempatan, dianggarkan berjumlah RM5,149.65. Namun begitu, saspek tidak berada di tempat kejadian semasa pemeriksaan dijalankan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, di mana disyaki kesalahan memiliki barangan kawalan dengan niat untuk melakukan penyelewengan.

Operasi itu adalah salah satu usaha berterusan pihak berkuasa dalam memastikan bekalan barangan kawalan tidak diseleweng dan terus sampai kepada pengguna yang layak.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here